Sebab Ke 2 Perlunya laman Web

#2- PELBAGAI LOKASI

Dahulu, syarikat yang hebat berniaga akan mempunyai kedai. Bermula dari satu kedai hinggalah beberapa cawangan. 7Eleven, Hardware, Kedai Pakaian, Makanan, Farmasi dan Klinik contohnya. Mempunyai banyak lokasi kedai itu satu kelebihan. Seorang usahawan yang mempunyai beberapa klinik yang beroperasi di kawasan berbeza menunjukkankan pemiliknya berjaya. Kerana melayani ramai pesakit dari kawasan berlainan, pendapatan mereka berganda.  Namun begitu, membuka begitu banyak klinik fizikal menelan belanja yang begitu besar. Pengubahsuaian, kakitagan dan peralatan merupakan kos memulakan operasi yang tinggi.Laman Web, satu sahaja boleh menggantikan semua farmasi itu. Apa sukarnya. Dengan hanya memiliki 1 laman web sahaja, farmasi itu boleh menjual segala produknya secara bundle atau memaklumkan kepada pelanggan. Anda boleh search google Farmasi Online… banyakSemua pelanggan boleh membuat pesanan dari mana-mana laman web tersebut dan akan dipos kepada mereka. Nah, mudah kan. hanya satu laman web, kedai anda sudah berada di mana-mana lokasi untuk memberi khidmat kepada jutaan pelanggan anda.Itulah pentingnya anda memiliki laman web, bukan kerana hendak berlagak atau menunjukkan besarnya bisnes anda, tetapi untuk memberi servis kepada pengguna, bukan dikawasan anda sahaja, malah seluruh negara atau dunia

JIKA TIDAK SANGGUP PUN MEMBUAT PELABURAN YANG KECIL, SAMPAI BILA PUN BISNES ANDA TIDAK AKAN MENJADI BESAR.

POSTING SETERUSNYA NANTI KITA BINCANGKAN SEBAB YANG KE 3 IAITU MENJENAMAKAN BISNES KITA

Sebab Pertama Perlunya Laman Web

LAMAN WEB BEROPERASI 24 JAM

Salam Sejahtera, Selamat datang dan melayari laman kami. Laman Induk kami ialah KOLEKSIMINDA.COM .Laman pemasaran KPJUC kami adalah KPJMARKETING.COM dan akses permohonan online kami boleh ditemui di semua laman kami atau LINK INI.Walaupun saya sudah senaraikan 15 sebab kenapa usahawan online perlu ada website tetapi kita bincang satu persatu sehinggalah 15 posting saya berakhir. Posting ini membicarakan tentang  waktu operasi.

#1-WAKTU OPERASI 24 JAM

Semua orang sedia maklum bahawa laman web akan beroperasi sepanjang 24 jam dan 365 hari setahun kecuali jika ianya dilanda masalah server atau hacking.Selainnya ia akan sentiasa berada di alam manya dan boleh dicapai dari seluruh dunia (bergantung kepada aktiviti SEO anda) dan oleh sesiapa sahaja. Katakan sewaktu anda sedang tidur nyenyak dibuai mimpi indah menjadi jutawan seperti Irfan Khairy. Semasa anda sedang bermimpi itu, pelanggan maya anda yang anda tidak pernah kenal pun menjumpai laman web anda kerana dia ingin membeli beberapa pasang kain untuk hadiah kepada isterinya.Maka dia pun berpuashati dengan maklumat yang anda berikan dalam laman web anda. lalu dia membuat belian online dan membuat bayaran kepada anda pada malam itu.  Pengunjung laman anda sudah bertukar menjadi pelanggan dan telah memberikan pendapatan kepada anda sewaktu anda sedang tidur. Bestkan… Ya, itulah kedai 24 jam anda. Facebook Page, Instagram, Twitter, Whatapps, Telegram dan Messenger semua saya ada..!!! Bayang kan , seorang rakan anda yang juga peniaga online tidak mempunyai laman web. Dia mepromosikan produk nya dio media sosial seperti di atas.Pada malam yang sama, dia sedang nyenyak tidur dan bermimpi menjadi jutawan juga. Pelanggan yang sama yang membeli kain anda tadi telah terlebih dulu menghantar komen, mesenger, whatapps kepadanya kerana ingin membeli segera 3 pasang kain tadi TETAPI KAWAN ANDA TIDAK MENJAWABNYA kerana dia TIDUR. Maka pelanggan tadi telah pun menjadi pemb eli anda kerana laman web anda. Sedikit PengalamanSaya berfikir tentang perkara ini pada tahun 2008, sembilan tahun yang lepas. Saya baru mula berjinak-jinak untuk berniaga online (secara try and error) kerana tidak pernah ada sifu yang mengajar secara formal. Saya terjumpa seorang hamba Allah dalam internet yang mengiklan untuk menyertainya berbisnes online, tetapi ia menjualnya ‘bahan  bercetak.

Berasaskan bahan-bahan itu, saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan online tetapi pada waktu itu sangat sukar kerana saya tiada komputer, telefon pun guna Nokia 3310. Berkobarlah untuk berniaga, cuba berniaga online, kumpul duit dan belilah sebuah Laptop kecil yang paling murah (jangan risau, ada lagi dan masih boleh digunakan sampai sekarang walaupun ia sangat perlahan)Oleh kerana (tiada cikgu internet) maka saya hantam sajalah kerana saya ingin menjual CD Powerpoint bahan-bahan ceramah saya dengan harga RM30.00 1 CD ceramah 1 tajuk dalam Powerpoint sedia guna. Saya juallah di http://arenabiz.net (sekarang dah tiada-last 2012) tapi sekarang ada Mudah.mydan juga 1kedai.com . Dapat banyak juga pendapatan.Kemudian saya membeli wanbizz dari Yahoo (anda boleh searh sejarahnya, ia tidak lama kerana saya menjual ebook online dari CLICKBANK INTERNATIONAL yang kurang laris di Malaysia kecuali ebook “How To Make Money With Ebook”.Saya tutup wanbizz dan dimaklumkan dalam blog saya http://wannotes.blogspot.com/2011/01/penutupan-laman-web-wanbizzcom.html pada 17 Januari 2011 kerana ingin membuka KOLEKSIMINDA.COM pada 2011 yang saya guna hingga sekarang. Alhamdulillah, Koleksiminda yang dibina dengan belajar 100%  dari internet bagaimana untuk membina laman web menggunakan C-Panel akhirnmya mencipta pendatan 1 juta pertama pada Disember 2016.Jadi benarlah kata sifu saya, Irfan Khairy, “Laman Web sangat penting. Kita bukan perlukan laman web yang mahal tetapi laman web yang boleh menjual”.Nanti kita sambung lagi…… 

Mereka Yang Berjaya

Bacalah sikap mereka yang selalunya berjaya

1) Anda fleksibel untuk berubah
Ada masanya keadaan berubah yang memerlukan anda sendiri turut berubah. Perubahan tidak memberi impak negatif kepada anda.

2) Anda tidak suka merungut dan mengeluh
Selalu sangat merungut dan mengeluh memberi perasaan negatif kepada diri dan juga orang keliling

3) Anda sering produktif
Mengurus masa dengan baik selalu dan tidak melakukan perkara membuang masa yang tidak mencapaikan matlamat anda

4) Anda boleh tingkatkan motivasi sendiri
Selalu ambil tindakan tanpa perlu disuruh dan tanpa melengahkan masa

5) Anda suka buat lebih dari apa yang diperlukan
Anda tahu melakukan lebih dari apa yang perlu memberi kepuasan kepada diri dan juga meningkakan kredibiliti anda pada pandangan orang lain

6) Anda bersedia membantu orang lain
Lebih banyak anda membantu orang lain, lebih ramai yang akan membantu anda satu masa nanti. Bak kata, the more you give, the more u get.

7) Anda seorang yang pemaaf
Tidak ada gunanya menyimpan dendam dan sakit hati. Maafkan orang lain dan jadikan diri lebih kuat.

8) Anda menghadapi cabaran dan belajar dari nya
Anda suka melihat cabaran sebagai peluang, dan pelajari serta perbaiki melaluinya

9) Anda suka melihat kejayaan orang lain
Kejayaan orang lain memberi semangat dan inspirasi kepada anda dan bukan kebencian dan iri hati

10) Anda suka mendampingi orang yang berjaya
Kerana dapat “aura” kejayaan serta sering berasa positif dikalangan mereka yang positif!

Sumber: IK

6 SIKAP ORANG BERJAYA
  1. Bertenaga dan berstamina
  2. Fokus
  3. Sensitif dengan orang lain
  4. Fleksibel
  5. Kesediaan Menghadapi Konflik
  6. Bersedia Kalah Untuk Menang
Sumber: Subhi
7 CIRI ORANG POSITIF

1. Bermatlamat Besar & Berani
2. Tidak Menyalahkan Kekurangan - Kekurangan Menjadi Pendorong
3. Semakin Dilanda Cabaran, Semakin Kuat
4. Melihat Peluang Dalam Kegawatan
5. Mendengar Pandangan Orang Lain
6. Sentiasa Berusaha Bangun Bila Terjatuh
7. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Sumber: TS

Dengan Syiling 50 Sen

Semuanya mahal sekarang. Tiada yang murah seperti dulu. Kuih seketul sekarang ini berharga 50 sen. Jika nak makan nasi, 50 sen nasi kosong pun tak dapat,

50 sen seperti tiada maknanya bagi kebanyakan orang tetapi……..

Saya bertanya kepada seorang pelajar yang baru keluar kelas pada waktu rehat. Dia mundar mandir di kakilima blok kelasnya menuju ke ruang legar di mana terdapat beberapa orang kawannya sedang berbual.

Seorang lagi pelajar tiba-tiba datang dari belakang saya. Saya fikir ia menuju ke bilik guru. Rupanya tidak.

Pelajar ini berjalan beriringan dengan saya melintasi mesin air ( budak sekarang panggil Air Gedegang) kerana apabila dimasukkan syiling, air tin atau botol yang jatuh itu bunyi gedegang.

Pelajar ini biasa sangat dengan saya. Budak baik. Hari ini pakaian baju melayunya lengkap, kemas bersongkok dan samping.

“Cikgu, belanja la 50 sen cikgu..!!!. katanya dengan penuh harapan sambil tersenyum. “Boleh la cikgu, 50 sen saja.

“Kamu nak buat apa 50 sen tu?

“Belanja air la cikgu. Saya ada 50 sen saja, cikgu belanja 50 sen dapat lah beli air mineral ni harganya seringgit.

“Eh, kamu datang sekolah bawa 50 sen je ke?

“Tak lah cikgu, bawa seringgit tapi tadi kan baca Yassin, lepas tu saya derma kat tabung kebajikan 50 sen cikgu, dapat pahala mak saya kata”

Wah, terkedu saya.50 sen menjadi derma ikhlas hari Jumaat. Lumayan pahalanya, berkat hidupnya, pandai ibunya mendidik anak.

” Habis tu, kamu tak makan lah ni”

“Tak pa cikgu, Hari jumaat kan balik pukul 12, nanti saya makan kat rumah”

Seorang lagi pelajar yang berselisih dengan saya tadi juga menyapa.

“Saya pun sedekah tadi cikgu, 50 sen. ada baki 50 sen lagi, tak cukup nak beli air gedegang ni”

“Apa kata cikgu belanja kami sorang 50 sen. Dapat 2 botol air mineral ni cikgu. Hilang dahaga, cikgu pun dapat pahala”. sambil tersipu dan tersengih-sengih seperti selalu mereka bergurau dengan saya.

“Ok, awak masukkan 50 sen dlm mesin tu, dan awak pula masukkan 50 sen. Dapat 1 botol”. Tanpa membantah, mereka masukkan dan gedegang sebotol.

“Saya tambah belanja kamu 50 sen dan kamu 50 sen. Gedegang sebotol lagi”

“Terima kasih cikgu, terima kasih cikgu. Kami doakan cikgu murah rezeki, panjang umur sebab belanja kami 50 sen. Semoga cikgu jadi kaya dan boleh belanja kami lagi”.

Astaqfirullah hil azim. Alhamdulillah dengan 50 sen mereka mendapat pahala berganda dan mungkin Allah tambahkan keberkatan mereka kerana sedekah hari jumaat.

Kerana 50 sen juga saya didoakan panjang umur, murah rezeki dan menjadi kaya.

Siapa kata 50 sen tidak boleh menjadi kaya…!!!!

Soal Jawab KPJUC

Salam Sejahtera,

Anda dibawa masuk ke page ini kerana kami ingin menerangkan beberapa perkara mengenai peluang belajar di KPJ University College. Selesai sahaja anda membaca page ini, anda akan diberi pautan (link) untuk meneliti:- Kursus-kursus ditawarkan Ringkasan Kursus Syarat Kemasukan Yuran Pengajian Panduan kemasukan dan lain-lain maklumat Borang Permohonan Online NAMUN, anda perlu terus membaca maklumat yang ingin saya kongsi di bawah ini.

Apakah Kursus Yang Ditawarkan?

Diploma Kejururawatan, Fisioterapi, Farmasi, Pengimejan Perubatan, Pengurusan Rekod, Operasi Dewan Bedah. Asasi Sains Ijazah Kejururawatan, Farmasi, Fisioterapi, Pengimejan Perubatan, Psikologi, Perniagaan, Komunikasi Korporat dan Terapi Pekerjaan. Adakah Anda Layak? Sila lihat syarat-syarat kemasukan yang diberikan dalam setiap page perincian kursus.

Bila Pengambilan di buat?

Setiap Februari/Mac Setiap Jun/Julai Setiap September Di mana Hendak Memohon? Permohonan sentiasa dibuka di halaman Koleksiminda  Berapa Laman Dapat Keputusan? Bergantung kepada berapa cepat pegawai meluluskan. Biasanya 2 minggu selepas permohonan.

Jika, gagal?

Pemohon akan dimaklumkan melalui email. Sila semak email anda termasuk dalam spam/junk folder. Jika Lulus dan Mendapat Surat Tawaran? Nama anda akan dimuatnaik di SINI dan Surat Tawaran akan di email ke email anda. Semak juga dalam spam folder. Pastikan email anda adalah benar dan boleh digunakan.

Bolehkah Merayu?

KPJ menggunakan sistem pemilihan. Jika gagal memenuhi kelayakan yang ditetapkan oleh MQA maka ia akan gagal. Jika pernah memohon, bagaimana untuk memohon semula? Jika pernah memohon, sila hubungi nombor ini 0129026198 atau 0173924460 melalui Whatapps atau Mesej, tulis nama penuh anda dan nyatakan hasrat anda untuk mendapatkan surat tawaran baru.

Kenapa Lebih Baik memohon Melalui KOLEKSIMINDA?

Pegawai-pegawai koleksiminda akan maklumkan kepada anda melalui Mesej/Whatapp, boleh berbincang dan memberi maklumat status permohonan dan surat tawaran 24 jam. Jika ditawarkan, apa perlu anda buat? Buka email dan muatturun 2 fail utama- Surat Tawaran dan Panduan Kemasukan. Cetak Surat Tawaran dan ada BORANG PENERIMAAN bersamanya. Cetak borang-borang Biodata Pelajar, Borang PTPTN, Borang Medical Check-up yang ada di dalam Panduan Kemasukan. Lengkapkan Borang Penerimaan, tick hadir jika hadir, tick tolak, jika tolak. Email borang penerimaan ke accept@kpjuc.edu.my dan ke koleksiminda@gmail.com Lengkapkan borang Medical Check-up dan buat medical check-up samada di Hospital KPJ atau Hospital Kerajaan sahaja. Berapa Yuran Kemasukan? RM 500 sahaja- Sila buat bayaran melalui Bank Draf atau bank-in ke akaun KPJUC. Maklumat akaun diberi dalam bahagian Panduan Kemasukan.

Bagaimana penginapan?

Pelajar lelaki dan perempuan diberi penginapan di dalam kampus, percuma. Terdapat asrama lelaki dan wanita yang berasingan. Peraturan Berpakaian? Pakaian mesti menutup aurat dan tidak menjolok mata. lain-lain pakaian uniform bergantung kepada arahan semasa jabatan masing-masing.

Tatakelakuan dan personaliti?

Kod etika perlakuan harian dan kehadiran kelas dan praktikal adalah menjadi komponen dalam penilaian setiap pelajar yang mesti dipatuhi. Kemudahan Hostel? Katil, tilam, meja, kerusi dan almari disediakan. Yang lain disediakan oleh pelajar. Terdapat perkhidmatan dobi berbayar di hostel.

Bagaimana jika ingin menukar kursus?

Menukar kursus dibenarkan tetapi tidak digalakkan. Anda perlu melihat peraturan dan panduan di dalam Panduan Kemasukan. Bagaimana Orientasi? Akan diadakan pada minggu pertama sehari selepas pendaftaran. ianya wajib hadir Taklimat akademik dan lain-lain diberikan.

Pinjaman PTPTN? Sila pastikan anda mempunyai akaun SSPN PIN PTPTN dibeli semasa di kolej dalam minggu orientasi. Permohonan dibuat secara BERKELOMPOK di Kolej dengan bimbingan Pegawai. Pastikan akan mempunyai semua dokumen diri, ibu dan bapa serta slip gaji/penyata pendapatan atau pengesahan pendapatan.

Berapa lama baru dapat PTPTN?

Biasanya 3 bulan. Bergantung kepada PTPTN dan dokumen yang lengkap atau tiada masalah. Bagaimana jika PTPTN tidak mencukupi untuk Yuran Pengajian? Anda/ibu bapa perlu berbincang dengan kolej untuk ‘top-up’ baki bayaran tersebut. Penggunaan KWSP atau lain-lain sumber digalakkan. Kolej akan mengeluarkan surat pengesahan untuk kegunaan bagi tujuan tersebut.

Peluang Kerjaya?

Biasanya pelajar berpeluang bekerja dengan Hospital KPJ apabila tamat pengajian tetapi tidak secara oromatik. Proses permohonan dan temuduga biasa akan dilakukan.

Pelajar juga boleh memohon kerja di tempat lain. Hubungi  0129026198 atau 0173924460 jika ada pertanyaan lain. Terima kasih

Nasihat Pendidikan

Selamat Datang

Selamat Pagi Pembaca.

Seringkali Pelajar akan mula merasa terdesak dan tercari-cari arah tuju untuk menyambung pelajaran selepas SPM. Bukan sahaja pelajar, malah ibu bapa juga seringkali demikian.

Beberapa langkah atau panduan yang akan saya kongsikan di sini mungkin boleh dijadikan rujukan untuk anda membuat keputusan.

KENALI DIRI ANDA atau DIRI ANAK ANDA

Bagi pelajar, anda perlu tahu bidang yang anda minati atau berpotensi. Atau pun setidak-tidaknya anda mampu dan tahu samada anda tergolong dalam kelompok mana samada Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprise atau Konvensional.

Ini dapat diketahui melalui Ujian Inventori Minat Kerjaya (IMK) yang dijalankan oleh Kaunselor di sekolah anda. Anda boleh juga melakukan Ujian ini secara Online
di sini .

 

Tulis Saja Blog Ini

Salam Semua,

Selepas membeli akhbar, Berita Harian dan Metro kupusing-pusingkan kereta sampailah Mydin Kota Seriemas. Bukan apa, cuma nak pekena Roti Canai. Itu niat pertama waklu menghidupkan enjin kereta tadi.

Lewat sikit keluar sarapan hari ni sebab tidu lewat malam tadi. Apa tak lewatnya, waktu petang aku dah tidur dari jam 3.00 ptg hingga jam 1.00 pagi. Fuhh…tdo giler nih..

Bila bangun jam 1 pagi, perut berkeriuk…lapa beb.. malas nak turun bawah, aku capai jer milo kotak ngan sebungkus Oreo dari mini peti ais kat tepi meja aku tu, mmm… kenyang juga…

Maklumlah bila kenyang, mata pun dah tak mau tido…aku buka laptop ni, mulalah edit Blog aku yang satu lagi. Kalu korang nak tengok, tengok lah… kalu tak nak tak payah lah… bila ada masa senggang nanti korang tgk yer… http://hyprowan2u.blogspot.com/ . Belajar berniaga cara senang dan dari laptop jer beb… cubaan…..!!!!!

Sambung cerita aku kat Mydin Kota seriemas tadi, tak jadi pekena Roti Canai. Perut lapar. Aku makan nasi. Mamak…teh tarik Plus satuuuu….. He he… dapat Teh Tarik.

Sambil baca ‘paper’ sambil makan…. ok gak .. relax… suasana yang aku suka… banyak cerita dalam paper. Muka depan Metro cerita dan gambar pasal “Wanita Jerman Mangsa Banjir”- Nyawa Di Hujung Dahan”. Fuhh…3/4 mukasurat gambar.. muka depan lagi. Tahniah Metro…

Tahniah sebab luputan bagus… Ada Chemistry punya cerita. Bagus. Tapi berapa ramai Orang Melayu yang lain yang kena banjir terus sampai tenggelam rumah tak masuk muka depan pun???. Asyik-asyik orang luar jer yang dapat promosi besar-besaran. Orang kampung den pun kena banjir sampai duduk atas bumbung jugak dulu. Metro tak siar pun. Agaknya ni pasal orang Jerman tak?? Tak caya baca Harian Mero lar.. http://www.hmetro.com.my/

Sama macam misi bantuan kemanusiaan juga. Misi membantu orang yang dhaif. Memang bagus. Disukai tuhan dan dapat pahala. Malangnya orang luar negeri yang dhaif itu yang di tolong, bersusah payah ditolong. Tapi banyak orang kampung yang dhaif, yang tak da rumah, yang tak cukup makan, yang duduk menumpang, yang kerja sehari gaji RM 5.00 yang ini semua tak nak tolong ker??. Agaknya tolong orang luar dapat promosi hebat yer?. Camtu kalu, memang bagus lah.. Kera dihutan disusukan, ayam dikepok mati kelaparan, Itik di air mati kehausan.

Agaknya mungkin sebab aku tak banyak duit atau aku tak kaya meliana (singkatan dari milionaire). Kalu aku kaya meliana, mungkin aku pun tolong orang luar negeri gak kot, tak pyh tolong orang di negara sendiri, tak dapat promosi luas-luas, tak glamor beb..!!!

Satu lagi cerita pagi ni, bila aku slesai sarapan, dah bayar, nak jalan ke kereta terserempak lah aku dengan seorang gadis ( maaf ler.. dua orang semuanya, sorang jer berbual ngan aku). Dia pun menghulurkan tangannya, bersalam dengan aku, mencium tangan aku sambil bertanya khabar aku. Wahh..!!! berbudi bahasa, sopan santun. Masa itu aku faham dan ingat siapakah gadis 18 tahun ini yang berani cium tangan aku.!!!.

“Saya belajar di sini Cikgu..!!”. Sambil menunjuk ke arah belakangnya.
“Baru 2 3 bulan di sini”
“Kursus apa kamu ambil?, Siapa lagi kawan-kawan dari sana yang belajar di sini”. eksyen aku.
“Kursus Diploma in Physiotherapy. Sorang kawan ambil Diploma and Nursing dan sorang lagi ambil Diploma in Medical Imaging”.

Korang tahu kat mana??. Kat sini… http://www.kpjic.edu.my/

Chit chat chit chat…. maka bekas muridku tahun 2005 – 2007 ni pun menghulurkan tangan, salam cium tangan bekas gurunya ini. Akupun meninggalkan mereke dengan kata ‘ syabbas dan moga terus berjaya’

Dalam hati aku berkata-kata. Dalam kepala otak aku berfikir. 5 tahun lalu, sudah berlalu, anak muridku masih mesra dan hormat aku seperti dulu juga. Dulu aku coret sahsiah mereka selama 7 tahun di SMK Mambau… aku tak dapat hasil masa itu, tapi aku dapat hasilnya sekarang setelah aku berpindah ke 3 buah sekolah selepas itu. Alhamdulillah… syukur padamu Tuhan kerana sebenarnya “KAUNSELING TELAH MEMANUSIAKAN MANUSIA”

Aku terfikir lagi… apa yang ku katakan dulu memanglah menjadi kenyataan. Jika kita pilih Jalan Kecundang maka kita akan tewas, Jika pilih Jalan Buntu kita akan hancur, Jika pilih Jalan Mati maka kita akan terhenti, Jika pilih Jalan Sehala, kita akan tergendala, jika pilih No Entry kita akan dilaknati, Jika pilih Jalan Penyelesaian maka segala hasratt impian dan harapan akan kesampaian… Pilihlah yang terbaik…