Categories
Uncategorized

Buat Medical Check-Up Di Hospital KPJ

Salam sejahtera,

Suka saya jelaskan bahawa anda boleh membuat Medical Checku Up (Pemeriksaan Kesihatan) di hospital-hospital Pakar KPJ seluruh negara.

Bawa borang Laporan Kesihatan yang diberikan kepada anda atau download online. Lengkapkan maklumat dan hadir ke hospital.

LAPORAN KESIHATAN

Syarat-Syarat Tawaran Kemasukan

SENARAI HOSPITAL KPJ

1.0 LAPORAN KESIHATAN

(Medical Report)

Mahasiswa/i KPJUC hendaklah bersedia daripada segi kesihatan untuk belajar dalam bidang penjagaan kesihatan ini. Pemeriksaan kesihatan DIWAJIBKAN dan boleh di buat di semua hospital KPJ seluruh Negara. Walaubagaimanapun pelajar-pelajar boleh juga membuat pemeriksaan kesihatan di hospital-hospital atau klinik-klinik kerajaan (namun tempoh pemeriksaan mungkin memakan masa sehingga sebulan). Gunakan borang “Medical Screening Form” yang disertakan. Bawa Laporan Pemeriksaan Doktor bagi yang telah membuat pemeriksaan kesihatan. Kos pemeriksaan ditanggung sepenuhnya oleh mahasiswa/i. KPJUC berhak membatalkan tawaran kemasukan pelajar sekiranya laporan kesihatan tidak disokong oleh Doktor Panel dan keputusan akhir ini adalah muktamad.

Senarai Hospital

KPJ KL & SELANGOR

KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Tel: 03-4270 2500

KPJ Damansara Specialist Hospital Tel: 03-7722 2692

KPJ Tawakal Specialist Hospital Tel: 03-4026 7777

KPJ Selangor Specialist Hospital Tel: 03-5543 1111

KPJ Kajang Specialist Hospital Tel: 03-8769 2999

Sentosa Medical Centre Tel: 03-4043 7166

KPJ Klang Specialist Hospital Tel: 03-3377 7888

KPJ Rawang Specialist Hospital Tel: 03-6099 8999

PERAK

KPJ Ipoh Specialist Hospital Tel: 05-240 8777

Taiping Medical Centre Tel: 05-807 1049

KPJ Manjung Specialist Centre Tel: 05-691 8153

JOHOR

KPJ Johor Specialist Hospital Tel: 07-225 3000

Puteri Specialist Hospital Tel: 07-225 3222

KPJ Kluang Utama Specialist Hospital Tel: 07-771 8999

Pasir Gudang Specialist Hospital Tel: 07-257 3999

KPJ Bandar Maharani Specialist Hospital Tel: 06-956 4500

PAHANG

Kuantan Specialist Hospital Tel: 09-567 8588

PENANG

KPJ Penang Specialist Hospital Tel: 04-548 6688

KELANTAN

KPJ Perdana Specialist Hospital Tel: 09-745 8000

NEGERI SEMBILAN

KPJ Seremban Specialist Hospital Tel: 06-767 7800

KEDAH Kedah Medical Centre Tel: 04-730 8878

SABAH

Damai Specialist Hospital Tel: 088-222 922

KPJ Sabah Medical Centre Tel: 088-211 333

SARAWAK

Kuching Specialist Hospital Tel: 082-365 777

Sibu Specialist Medical Centre Tel: 084-218 800 

Categories
Uncategorized

Nak Jadi Tangga Atau Nak Jadi Jalan

Salam Ramadhhan Al Mubaraq, Selamat pagi.

Sambil menonton Alaska Animal Rescue, kagum dengan manusia yang tinggi nilai kasih sayang kepada haiwan. Lebih mengkagumkan bila nampak riak mereka begitu ikhlas dengan haiwan-haiwan itu. Tuhan semaikan nilai itu.

Melihat pula bagaimana mereka melalui jalan darat, air untuk melakukan urusan mereka terbayang pula PKP sekarang ini sempena Covid19.

Manusia lalu lalang, pergi balik melakukan pelbagai urusan. Bertali arus. Kadang kala sesak. Ada jalan yang kurang dilalui. Kemas dan cantik.

Jalan yang rosak, dibaiki. Makin diguna makin bersih jalan itu.

Jika tiada jalan, susahlah makhluk ke sana ke sini, ke sana, ke sini. Akhirnya sampai lah ke destinasi dituju. Manusia gembira.

Lalu se orang hamba bertanya.

‘Tadi lalu jalan mana?.

Lalu jalan sana.. bla bla bla. Bagys jalan itu, cantik, luas selesa. Lurus pula tu. Boleh laju sikit, tak bergelombang. Memang bagus. Kalau kau nak ke bla bla bla.. ikut la jalan tu. Aku rekmen.

Walaupun manusia lalu lalang atas jalan itu tapi sekurang-kurangnya dihargai, disebut dan di puji.

Tangga juga menjadi alat memudahkan seseorang mencapai matlamatnya. Untuk sampai ke tempat tinggi di atas gunung, orang mendaki mengikut takah tangga yg dibuat.

Bila sampai di puncak, seseorang bertanya.

Naik ikut jalan mana tadi?. Ok tak?

○Saya naik ikut denai barat. Denai tu ok. jalan tu ok. Tak licin.

Di hutan, untuk memanjat pokok besar berpemeluk tentu tidak mampu. Buluh ditebang dijadikan sigai. Pemanjat memanjat dan berhasil mengambil petai.

Turun

Pungut petai dan balik.

Sigai (tangga) ditinggalkan saja sampai reput.

Di rumah.

Tak sampai tangan untuk mengambil dan meletakkan barang, tanggalah digunakan untuk mencapai matlamat itu.

Pijaklah tangga untuk mencapaikan hasrat. Berulang lah sampai bila-bila. Hingga buruk, reput, rosak dan di buang. Nasib tangga tak sama dengan nadib jalan. Berbeza.

Fikirlah samada anda mahu jadi jalan atau jadi tangga. Jika jadi tangga, bersedialah untuk dipijak oleh mereka yang mementingkan matlamat mereka saja tercapai.

Anda perlulah sentiasa bersedia dipijak jika memilih untuk menjadi tangga. Dan selepas tercapai, rosak, tong sampah tempat anda akhirnya…

Categories
Uncategorized

Berbudi Pada Tanah, Berbudi Pada Manusia

Salam sejahtera,

Hari ini hari ke 3 Ramadhan 1441 Hijrah, Masihi 2020. Sambil PKP ni tak tau nak buat apa, baik kita menulis yang baik-baik.

Membaca media sosial FB sekarang tak ubah macam masuk ke medan perang. Nak masuk, nak berperang kena siap sedia dengan peluru. Senjata mesti canggih dan peluru mesti terbaik. Bidikan medti tepat. Jangan silap. Jika silap, peluru yg betuzen tembak terus masuk ke jantung. Mati. Mati di viralkan.

Isu berbuat baik menyantuni orang susah oleh UEL semua orang tahu. Kecoh. Ada dorang lagi Ustaz juga hantam UEL. Garam jadi masin bila bubuh banyak2 dalam kari.

Itulah, kari jadi masin piat sampai tak boleh dimakan. Ada pula tukang tambah garam lagi. Sangat masin. Sampailah kari kena curah jat pangkal pokok pisang. Biar busuk jadi baja.

Orang yang nak makan kari, mungkin jarang dpt makan kari dah tak dapat kerana tukang bubuh garam punya hal.

Ini lah jadinya bila ingin berbuat baik pada manusia. Boleh saja buat baik, Tuhan suruh. Hakikatnya buat baik kepada manusia menghasilkan 3 perkara.

  1. Allah suka dan dihargai manusia
  2. Manusia suka dan menghargai
  3. Manusia suka dan tidak suka bila sudah terima kebaikan.

Perkara ke 3 itulah yang banyak berlaku. Berbudi kepada manusia bukan mestinya dihargai. Kena terima hakikat ini. Nanusia, bila susah, bila memerlukan, bila lemah akan terima dan sanjunf budi orang lain.

Bila lepas diri, manusia jadi lupa diri. Kerana itu ada pepatah mengatakan lagi baik berbudi pada tanah, sudah tentu dapat hasilnya. Berbudi pada manusia janganlah mengharapkan balasan. Anda pasti kecewa.

Kpjuc intake Julai 2020

Categories
Uncategorized

Jujurnya Kita.!

JUJURNYA KITA

Selamat Sejahtera,

Jom kita sambung lagi #dokrumah hari ini, hari ke 19 ke?. Entah, tak ingat..!

Kan.. ! dah berbelas hari rupanya kita berkurung. Mula-mula terasa lama juga, tapi macam dah jadi biasa pula.

Orang kata “Alah Bisa Tegal Biasa”. Begitulah bagi orang yang berupaya buat ‘penyesuaian’ dengan situasi mana dia berada.

Memang banyak kerja tak boleh selesai. Kerja tak jalan, fulus tak masuk, kereta tak gerak, memerap kat rumah, ke dapur ke serambi, kebilik, bangun, makan, tidur dan bangun lagi.

Rasa macam bosan.

Tapi inilah pengorbanan dan KEJUJURAN paling besar 95 % kita yg sangat-sangat mahukan Covid19 ini berakhir. Tahniah..

Inilah kejujuran sebahagian kita yg DENGAR KATA “anda duduk rumah, kami bekerja untuk anda”.

Memang Hebat anda yg ‘staysafe’ di rumah. Ingat senang ke nak buat ni..!!. Tak senang. Tapi JUJUR menjadikan anda hebat.

Pembawa wabak awal sudah settle. Grup Sri Petaling ribu2 lg tak settle ujian. Ribu2 sudah positif, puluh2 sudah ICU, dan puluh-puluh sudah mati, dikebumikan dgn cara ‘terhad’. Sedih kan..!!

Biliun2 duit diguna utk tangani wabak, sungguh2. Ribuan petugas Barisan Hadapan berkorban 24
jam.

Untuk apa?. Hanya untuk menyelamat kan orang. Bukan keluarga mereka pun..!.

Namun

Ada jua ‘cerdik pandai’, ilmuan atau ‘agamawan’ yang terlebih tafsir tentang kehebatan diri sendiri. Mereka rasa merekalah yg paling cerdik.

Tetapi TIDAK JUJUR.

Hampir-hampir KKM kurang debar bila graf meningkat tapi rendah, tiba-tiba CLUSTER ITALY muncul.

Wah, laporan itu benar. Dlm Telegram Rasmi MKN dan berita. Malah KP KKM sebutkan..

JUJURLAH…

Sampai begitu?.
Maka hasrat kita utk PKP berakhir segera mungkin tinggal hasrat saja bila KP kata, kita bimbang perkembangan pertengahan April ini.

Jika Gelombang ke 3 ‘CLUSTER ITALY’ benar-benar berlaku nanti, harapan untuk bebas seperti sebelum ini mungkin tipis.

Tambahan pula, jika sekolah dibuka semula dlm tempoh terdekat, 5 juta akan berada di lapangan..!!.

Selamatkah anak-anak kita, atau kita ibu bapa dan guru-guru serta semua aktiviti yg mula bergerak 15 April ini?.

Entahlah..!!

Ok. Susu getah dah tos dari pancuran. Saya nak sambung kerja memungut susu getah.

Menoreh jua dari jam 7 pagi tadi mencari rezeki. InsyaAllah Covid19 tidak datang ke kampung kerana kami jujur #stayathome.

Sampai Jumpa Lagi.
Lokasi: kebun getah tua ayah

Baca seterusnya: https://www.hmetro.com.my/uta…/2020/…/562848/tolonglah-jujur

MOHON KPJ UNIVERITY COLLEGE DI SINI

Categories
Uncategorized

Laluan Lepasan SPM 2019

Besok Ada Temujanji :

Ingat Temujanji Kita & Ingat Tugas Kita yang perlu di selesaikan SEBELUM 1 April 2020.

Tarikh tutup bagi permohonan UPUOnline adalah seperti berikut:

Lepasan SPM : 31.3.2020
Lepasan STPM/Setaraf : 7.4.2020

Tugas Anda Sekarang Adalah:

1. Muat Turun Pdf Prospektus Panduan Mengisi UPU Online. (Jangan enteng kerana saya tahu ramai yang gagal mendapat tawaran kerana pelbagai kesalahan termasuk salah Nombor Kad Pengenalan, Kod Kursus dan masalah kemaskini permohonan)

Anda dah tahu masalah internet line siput, buat awal lah.

2. Masuk ke KALKULATOR MERIT di http://upu.moe.gov.my/web/index.php…
dan isikan untuk mendapat PERATUS kemungkinan kelayakan anda MASUK UA (jika 75% ke atas tu, insyaAllah.. kot ada rezeki.

3. Masuk ke SELANGKAH KE UITM https://selangkah.uitm.edu.my/ dan isikan maklumat yang dikehendaki. Hantar. anda akan diberi senarai KURSUS yang anda LAYAK dan TIDAK LAYAK di UITM ( ini penting supaya anda tidak terkial-kial mencari kursus yang anda layak dan TIDAK TERPILIH kursus yang anda tidak layak.

4. Masuk ke E-PANDUAN SEMAK SYARAT https://online.moe.gov.my/upu5/epanduan/ untuk menyemak SATU PER SATU KURSUS yang ingin anda PILIH dalam SENARAI 12 itu.

a) Buatkan CATATAN KOD dan NAMA KURSUS dan SUSUN MENGIKUT KEUTAMAAN ANDA semua yang anda pilih itu (supaya mudah anda nak isi online nanti masuk masuk dalam laman permohonan ini https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/login

b) Pastikan anda PELBAGAIKAN pilihan KURSUS dan UNIVERSITI

5. Semak SYARAT KELAYAKAN anda bagi setiap kursus yang anda INGIN MOHON (jangan mohon yang tak layak) Contoh:

https://online.moe.gov.my/…/epanduan/syarat/vMenuSyarat.php…

MEMENUHI SYARAT AM UA /IPGM/KOLEJ MATRIKULASI/POLITEKNIK PRIMIER
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

1. Lulus Bahasa Inggeris
1. Lulus Mathematics
2. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu
SATU (1) mata pelajaran berikut:

Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
Aplikasi Elektrik & Elektronik …seterusnya..

6. MATRIKULASI

: (3 Aliran: Sains Hayat, Sains fizikal dan Perakaunan) Yang layak boleh memohon. Jika di Tkn 5 anda ambil Prinsip Akaun, mohonlah Akaun, Ada Biologi ambillah Sains Hayat dan ada Fizik dan Kimia ambillah Sains Fizikal. Jangan main tibai jer, nanti meraung masa belajar di Matrikulasi. Faham..!!!

7. UNIVERSITI AWAM

ada 20. Pilih lah yang ada kursus anda nak, Semak dulu dalam e-panduan. Bukan pilih ikut MINAT saja, pilih juga ikut PELUANG. Jika yang anda minat tu tak ada, pilih yang lain yang ada PELUANG CERAH MASUK U. Jangan dek kira minat, langsung tak masuk U.

8. POLITEKNIK jangan lupa

Banyak kursus DIPLOMA. Kebanyakannya hand-on. Siapa kata Politeknik tak sama taraf dengan UA..!!!. Lulusan Politeknik mudah sambung Ijazah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Selepas UPU tutup, nanti Politeknik akan ambil Intake ke dua. Jangan lupa pulak semak kat sini. Sebab Intake seterusnya itu mohon di laman web Poly https://www.mypolycc.edu.my/

9. ASASI. Ramai juga pelajar minat nak mohon ASASI .

Asasi ni perlukan A dan B saja kelulusannya. Contoh di UITM UE0222001 ASASI TESL#
UE0380001 ASASI UNDANG-UNDANG (KPM)
UE0380002 ASASI UNDANG-UNDANG (UiTM)
UE0520001 ASASI KEJURUTERAAN
UE0545001 ASASI SAINS

Macam ni haa SYARATNYA

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam mata pelajaran:
Bahasa Inggeris
DAN
Minima Gred A- dalam mana-mana TIGA (3) mata pelajaran yang lain DAN Kepujian (Gred C) dalam Mathematics / Additional Mathematics
DAN Lulus temu duga dan ujian bertulis yang dikendalikan oleh Fakulti (kalau layak, mohonlah) . Asasi ni belajar kat universiti mana yang kamu mohon tu lah.

10 . MARA (UPIM)
MARA menyediakan banyak kursus profesional dibawah institusi mara
Masuk sini haa http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
PERMOHONAN masuk sini http://apponline.mara.gov.my/Spupim/
PROGRAM AMBILAN JUN DIBUKA 5 MAC HINGGA 1 APRIL

Ada:
1) unikl https://www.unikl.edu.my/
2) KUTPM http://www.kuptm.edu.my/kuptm/
3) KOLEJ PROFESSIONAL MARA http://apponline.mara.gov.my/upimonline/KPM.pdf
4) Kolej Politek Mara https://www.kptm.edu.my/ms/
5) Kolej Kemahiran Tinggi Mara https://www.tvetmara.edu.my/
6) German Malaysia Institute https://www.gmi.edu.my/
7/ Mara-japan Industrial Institute http://mjii.kktm.edu.my/
8) Kolej Mara http://apponline.mara.gov.my/upimonline/KM.pdf
9. IKM https://www.tvetmara.edu.my/
10. GIAT MARA http://giatmara.edu.my/language/ms/index/

11. INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
Ni ada banyak. banyak juga kursus DIPLOMA
Senarai ILJTM ni banyak . den bagi la haa (ILP, ADTEC) . bukan cikai-cikai ni pun, dah ratus ribu lulusan professional dari sini. Tengok syarat kelayakan dalam e panduan tu.

SENARAI ILJTM

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: ILP Kuala Lumpur
Selangor: ADTEC Shah Alam, ILP Kuala Langat
Negeri Sembilan: ILP Pedas
Pulau Pinang: JMTI, ILP Kepala Batas, ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal, ILP Perai,
Kedah: ADTEC Kulim, ILP Jitra
Perak: ADTEC Taiping, ILP Ipoh
Perlis: ILP Kangar
Kelantan: ILP Kota Bharu
Terengganu: ADTEC Kemaman, ILP Kuala Terengganu, ILP Marang
Pahang: ADTEC Jerantut, ILP Kuantan, Anjung ILP Muadzam Shah
Johor: ADTEC Batu Pahat, ILP Mersing, ILP Tangkak, ILP Pasir Gudang
Melaka: ADTEC Melaka, ILP Bukit Katil, ILP Selandar
Sabah: ILP Kota Kinabalu, ILP Sandakan
Wilayah Persekutuan Labuan: ILP Labuan
Sarawak: ADTEC Bintulu, ILP Kota Samarahan, ILP Miri

12. INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
Mereka yang minat nak jadi CIKGU boleh mohon Tengok Syaratnya https://online.moe.gov.my/…/epanduan/syarat/vMenuSyarat.php…

13. KEMENTERIAN PERTANIAN
Sesiapa yang minat dalam bidang ini boleh mohon Ada 8 kursus peringkat SIJIL

14. INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) ada 65 kursus peringkat sijil. Boleh mohon

15. KPJ UNIVERSITI COLLGE (ini Swasta lah) Bernaung di bawah Johor Corporation. Mempunyai 27 Hospital Pakar dalam dan luar negara, 3 Kampus, Kota seriemas Nilai, Johor Bharu dan Penang. Menawarkan diploma dan Ijazah Nursing, Pharmacy, Fisioteraphy, Medical Imaging, Health Information Management, Healthcare managementa dan foundation.
Ni kalau nak mohon di sini https://koleksiminda.com/utama/borang-online/

Berpuluh tempat untuk sambung belajar.
Pilih jer lar… nak tanya apa-apa, boleh je wasap saya wan 0129026198 atau lawat artikel ni dihttps://koleksiminda.com/utama/2020/03/11/panduan-lepasan-spm-2019/

Categories
Uncategorized

SEBAB PERTAMA MEMILIKI LAMAN WEB

LAMAN WEB BEROPERASI 24 JAM

Salam Sejahtera, Selamat datang dan melayari laman kami. Laman Induk kami ialah KOLEKSIMINDA.COM .Laman pemasaran KPJUC kami adalah KPJMARKETING.COM dan akses permohonan online kami boleh ditemui di semua laman kami atau LINK INI.Walaupun saya sudah senaraikan 15 sebab kenapa usahawan online perlu ada website tetapi kita bincang satu persatu sehinggalah 15 posting saya berakhir. Posting ini membicarakan tentang  waktu operasi.

#1-WAKTU OPERASI 24 JAM

Semua orang sedia maklum bahawa laman web akan beroperasi sepanjang 24 jam dan 365 hari setahun kecuali jika ianya dilanda masalah server atau hacking.Selainnya ia akan sentiasa berada di alam manya dan boleh dicapai dari seluruh dunia (bergantung kepada aktiviti SEO anda) dan oleh sesiapa sahaja. Katakan sewaktu anda sedang tidur nyenyak dibuai mimpi indah menjadi jutawan seperti Irfan Khairy. Semasa anda sedang bermimpi itu, pelanggan maya anda yang anda tidak pernah kenal pun menjumpai laman web anda kerana dia ingin membeli beberapa pasang kain untuk hadiah kepada isterinya.Maka dia pun berpuashati dengan maklumat yang anda berikan dalam laman web anda. lalu dia membuat belian online dan membuat bayaran kepada anda pada malam itu.  Pengunjung laman anda sudah bertukar menjadi pelanggan dan telah memberikan pendapatan kepada anda sewaktu anda sedang tidur. Bestkan… Ya, itulah kedai 24 jam anda. Facebook Page, Instagram, Twitter, Whatapps, Telegram dan Messenger semua saya ada..!!! Bayang kan , seorang rakan anda yang juga peniaga online tidak mempunyai laman web. Dia mepromosikan produk nya dio media sosial seperti di atas.Pada malam yang sama, dia sedang nyenyak tidur dan bermimpi menjadi jutawan juga. Pelanggan yang sama yang membeli kain anda tadi telah terlebih dulu menghantar komen, mesenger, whatapps kepadanya kerana ingin membeli segera 3 pasang kain tadi TETAPI KAWAN ANDA TIDAK MENJAWABNYA kerana dia TIDUR. Maka pelanggan tadi telah pun menjadi pemb eli anda kerana laman web anda. Sedikit PengalamanSaya berfikir tentang perkara ini pada tahun 2008, sembilan tahun yang lepas. Saya baru mula berjinak-jinak untuk berniaga online (secara try and error) kerana tidak pernah ada sifu yang mengajar secara formal. Saya terjumpa seorang hamba Allah dalam internet yang mengiklan untuk menyertainya berbisnes online, tetapi ia menjualnya ‘bahan bercetak’   Berasaskan bahan-bahan itu, saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan online tetapi pada waktu itu sangat sukar kerana saya tiada komputer, telefon pun guna Nokia 3310. Berkobarlah untuk berniaga, cuba berniaga online, kumpul duit dan belilah sebuah Laptop kecil yang paling murah (jangan risau, ada lagi dan masih boleh digunakan sampai sekarang walaupun ia sangat perlahan) Oleh kerana (tiada cikgu internet) maka saya hantam sajalah kerana saya ingin menjual CD Powerpoint bahan-bahan ceramah saya dengan harga RM30.00 1 CD ceramah 1 tajuk dalam Powerpoint sedia guna. Saya juallah di http://arenabiz.net (sekarang dah tiada-last 2012) tapi sekarang ada Mudah.mydan juga 1kedai.com . Dapat banyak juga pendapatan.Kemudian saya membeli wanbizz dari Yahoo (anda boleh searh sejarahnya, ia tidak lama kerana saya menjual ebook online dari CLICKBANK INTERNATIONAL yang kurang laris di Malaysia kecuali ebook “How To Make Money With Ebook”. Saya tutup wanbizz dan dimaklumkan dalam blog saya http://wannotes.blogspot.com/2011/01/penutupan-laman-web-wanbizzcom.html pada 17 Januari 2011 kerana ingin membuka KOLEKSIMINDA.COM pada 2011 yang saya guna hingga sekarang. Alhamdulillah, Koleksiminda yang dibina dengan belajar 100%  dari internet bagaimana untuk membina laman web menggunakan C-Panel akhirnmya mencipta pendatan 1 juta pertama pada Disember 2016. Jadi benarlah kata sifu saya, Irfan Khairy, “Laman Web sangat penting. Kita bukan perlukan laman web yang mahal tetapi laman web yang boleh menjual”.Nanti kita sambung lagi…… sebab yang ke 2…