Membuat Pilihan

Salam Sejahtera.

Dalam hidup kita ini selalunya kita diberi hak untuk membuat pilihan. Kita boleh memilih untuk menjadi baik atau jahat, pandai atau tidak dan sebagainya.

Acapkali apabila disebut pilihan ia memberikan kita 2 situasi.

Situasi Pertama adalah Kos Melepas.

Ini bermakna setiap pilihan yg kita buat akan menyebabkan kita mendapat satu daripada dua atau lebih pilihan itu. Jika kita memilih A kita tidak akan mendapat B dan yg lainnya.

Situasi Kedua ialah Keuntungan Berganda.

Situasi kedua ini amat jauh berbeza dengan situasi pertama. Ia menggambarkan bahawa pilihan yang anda buat itu akan mendatangkan keuntungan demi keuntungan demi keuntungan dalam jangka masa tertentu.

KONTEKS PENDIDIKAN

Saya bicarakan dua situasi di atas mengikut konteks pendidikan, bukan ekonomi atau politik.

Pilihan

Samada kita memilih melanjutkan pelajaran di kolej mahupun universiti awam atau swasta masa sekarang bukan lagi mustahak tetapi yang lebih mustahak adalah beberapa pertimbangan di bawah.

  • Kursus atau bidang apa?

Ia sangat penting. Jika 20 tahun dulu, apa pun kursus atau bidang yg anda pilih anda akan menjadi graduan rebutan di sektor awam atau swasta.

Sekarang, tidak begitu.

Sekarang, anda perlu memilih kursus atau bidang yang ada ‘demand’ dalam pasaran kerjaya. Jika anda memilih kursus atau bidang konvensional, anda akan masuk dalam ‘freezer’ bersama dengan penganggur siswazah yang lain. Oleh itu, pilih bidang yang mempunyai tawaran kerjaya yang luas dimasa depan. Contohnya, bidang kesihatan, bidang teknologi 4.0 atau bidang robotik dan teknologi tanpa wayar.

  • Apakah kerjaya yang ditawarkan dan adakah peluang memiliki kerjaya itu?

Soalan pertama yang saya tanya. Apa tujuan anda belajar sehingga memiliki Diploma atau Ijazah?

Jika anda boleh menjawab, baguslah. Majoriti yang saya tanya memberi jawapan ‘untuk senang di masa depan, bekerja, mendapat pendapatan seterusnya membina kehidupan yang berjaya”.

Betul lah itu.

Saya bagi jawapan ringkas. Untuk BEKERJA, yakni fokusnya mempunyai KERJAYA.

Malang bagi mereka yang belajar bertahun-tahun tetapi ‘meraung’ mencari kerja tetapi tidak berjaya.

MENGANGGUR akhirnya.

Oleh kerana pada masa ini pelajar atau ibubapa bukan sahaja memilih kursus atau bidang berpandukan minat tetapi mengambil kira adakah bidang itu boleh menawarkan pekerjaan sebaik anda menamatkan pengajian.

Contoh mudah, bidang kesihatan, jururawat misalnya mempunyai ‘demand’ yang sangat tinggi kerana perubahan dari teknologi 2.0 ke 4.0 dlm penawaran perkhidmatan kesihatan memerlukan jururawat terlatih termasuk terlatih dalam teknologi perubatan dan penjagaan kesihatan.

Kerana itu KPJUC mengambil begitu ramai siswa siswi dalam bidang itu dan KPJUC menawarkan KERJAYA profesional itu dihospital miliknya. Jelaskan…?.

  • Pertimbangan ketiga ialah mampukah kerjaya itu memberi ruang dan peluang yang luas untuk perkembangan kerjaya?

Di zaman teknologi ini nampaknya robot boleh menggantikan tugas manusia. Ianya baik untuk pemodenan tetapi kurang baik kerana ia mengurangkan peluang manusia untuk kekal bekerja.

Anda lihat di bank. Dulu ada 20 kaunter untuk melayan pelanggan tetapi sekarang ada 10 sudah cukup.

Sebahagian besar pelanggan dilayan oleh beberapa mesin ATM, DTM atau CDM. Pelanggan sanggup berbaris di ATM kerana ia mudah.

Mungkin sudah ada atau akan ada perkhidmatan kesihatan dimana anda hanya jumpa doktor atau jururawat untuk mendapatkan rawatan. Ubat di ambil di mesin dengan hanya memasukkan kod yg diberikan. Teknologi bukan..!!. Kaunter farmadi tidak lagi memerluksn manusia.

Ini bermakna kursus atau bidang yang anda pilih mestilah boleh memberi peluang snda terus bekerja walaupun teknologinya berkembang pesat.

Dari seorang yg bekerja menggunakan teknologi meningkat kepada seorang yang mengawal teknologi. Seorang juruteknik robotik boleh pertingkatkan kepada pensyarah atau tutor dalam bidang itu.

Seorang pengurus kewangan boleh dipertingkatkan kepada penganalisa pasaran.

Seorang jururawat boleh dipertingkat menjadi seorang pensyarah.

Cari dan pilih bidang yang membolehkan anda mengembangkan kerjaya di masa hadapan.

Seorang Pensyarah dari sebuah institusi perguruan semasa berbual dengan saya memberitahu bahawa anaknya mendapat tawaran kursus ….. di sebuah UA tetapi memilih untuk Diploma In Nursing di KPJUC kerana pertimbangan di atas.

Di awal tulisan tadi ada saya sebutkan situasi kedua iaitu keuntungan berganda.

Semasa anda membuat PILIHAN anda perlu sentiasa memikirkan situasi keuntungan berganda bukan kos melepas.

Pilihan yang tepat berdasarkan 3 pertimbangan tadi, kursus atau bidang apa, apakah peluang kerjaya dan bolekah memilikinya dan mampukah ia mengekalkan dan meluaskan peluang kerjaya akan memberikan anda berada dalam situasi keuntungan berganda.

Oleh itu KPJUC sebagai satu dari entiti dibawah Johor Corporation mencipta situasi yang kita bincangkan tadi, menawarkan kursus yang berpotensi dari segi kerjaya dan menawarkan peluang pengembangan kerjaya di semua lebih 25 hospitalnya serta anak syarikat Jcorp yang lain.

Pilihan ditangan anda. Pilihlah yang tepat.

Terima kasih.
WAN ZAINAL WAN ZI

Sebab Kesebelas Perlunya Laman Web

Alfateh Studio menulis 6 elemen yang diperlukan oleh usahawan yang mempunyai laman web

  1. Biar orang lain tahu apa yang orang lain anggap tentang perniagaan anda
  2. Hubungan dengan Media Sosial
  3. Laman web yang menarik dan sedap mata memandang
  4. Buang semua kesukaran untuk menerima bayaran
  5. Pastikan laman web sentiasa segar dan relevan
  6. Buktikan bahawa wujud andaatau orang lain yang menguruskan laman web

Oleh itu, kehadiran anda, kehebtan anda dan wujudnya anda dalam laman web itu sangat mustahak. Anda sebagai duta di laman web atau laman web menjadi duta anda.

Penjenamaan ini sangat mustahak kata Irfan Khairy. Orang kenal anda dan orang kenal laman web anda. Dengan kos yang murah, anda menjadi duta laman anda sendiri.

nda dijemput untuk LIKE Page Facebook Saya https://facebook.com/wanzainalwanzi

Ini Page Facebook Rasmi saya https://facebook.com/wanfb

Laman Facebook saya https://facebook.com/wanfb

Ini laman Web Induk saya yang sudah beroperasi selama 6 tahun https://koleksiminda.com/utama/

Laman web utama saya https://koleksiminda.com/utama/
Ini Laman Yang saya kendalikan untuk kemasukan pelajar lepasan sekolah ke KPJ UNiversity Collega https://koleksiminda.com/kpjuniversitycollege/
Ini adalah laman pemasaran saya https://kpjmarketing.com

Oleh itu, menjadi duta untuk pemasaran di laman web adalah sangat mustahak.

Sebab Kesepuluh Perlunya Laman Web

Membeli-belah secara online trend masa kini

MEMANDU ke pusat beli-belah bukan lagi satu pilihan kepada sebilangan masyarakat di negara ini. Rata-rata akan berfikir dua kali untuk keluar rumah walaupun ingin mendapatkan keperluan mustahak seperti tepung dan beras.

Ini kerana kemudahan membeli-belah secara online jauh lebih mudah dan tidak membebankan. Ditambah pula ia lebih menjimatkan masa serta kos, keperluan membeli-belah secara online mampu menyelesaikan masalah berbelanja pada masa kini.

Tabiat membeli-belah secara online sudah menjadi trend dalam kalangann masyarakat Malaysia. Ia semakin berkembang dengan pantas menjelang tahun 2018.

Keperluan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia, Hans-Peter Ressel, trend berbelanja secara online sudah menjadi amalan rakyat Malaysia apabila mereka menjadikan amalan itu sebagai rutin mingguan, bulanan atau tahunan dalam membeli barangan yang diingini.

“Misalnya, ramai masyarakat di negara ini membeli keperluan dapur bulanan secara online. Misalnya, di Lazada sendiri, kami berfungsi seperti pasar raya kepada pelanggan.

“Walaupun tiada kedai fizikal, pelanggan masih mahu membelinya disebabkan kualiti yang tinggi, harga yang murah dan perkhidmatan yang cekap dalam setiap pembelian,” katanya pada perbincangan meja kopi mengenai Transformasi Membeli-Belah Secara Online 2018 di The Forum, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia, Datuk Hafsah Hashim.

Ressel turut menganggarkan pada tahun 2018, lebih 2 juta pelanggan baharu yang akan berbelanja secara online. Ia sekali gus meningkatkan 30 peratus kekerapan membeli-belah secara online secara bulanan.

Tahun 2017 memperlihatkan fenomena dalam industri e-dagang melonjak naik lebih-lebih lagi apabila permintaan bagi perkhidmatan kurier oleh Pos Malaysia turut meningkat.

Ketua Pegawai Komersial Pos Malaysia, Nor Azizan Tarja@Tarjo berkata, pihaknya melihat trend perniagaan secara online pada tahun 2018 bakal berkembang pesat sehingga membuatkan ia mengubah cara berbelanja rakyat di negara ini.

Katanya, jika tahun-tahun sebelum ini, 75 peratus penghantaran barangan e-dagang adalah dariKuala Lumpur ke negeri-negeri luar seperti Pulau Pinang, Johor dan Terengganu namun ia semakin berubah kebelakangan ini apabila kebanyakan penghantaran berlaku di kawasan-kawasan luar bandar.

“Keadaan ini menyebabkan Pos Malaysia perlu mengambil pelbagai inisiatif seperti menyewa penerbangan kapal kargo tambahan ke Sabah dan Sarawak serta mewujudkan lebih banyak kaunter pandu laju.

Akaun FB

“Kini, tilam pun pelanggan akan membelinya secara online,” katanya sambil memaklumkan setakat ini Pos Malaysia mempunyai 12 kaunter pandu laju dan merancang untuk menambah 20 lagi kaunter berkenaan.

Dalam pada itu, Kajian Sikap Pembayaran Pengguna Visa melaporkan, populariti membeli-belah secara online rakyat Malaysia telah meningkat sembilan peratus berbanding tahun lalu dengan 76 peratus rakyat Malaysia menyatakan mereka membeli-belah secara online sekurang-kurangnya sekali sebulan.

Kajian itu juga menunjukkan kategori teratas untuk belian secara online adalah pembayaran bil 58 peratus, fesyen 52 peratus dan tempahan perjalanan 52 peratus.

Pengarah Negara Facebook Malaysia, Nicole Tan pula memaklumkan, rakyat Malaysia sekurang-kurangnya mempunyai dua akaun Facebook semata-mata ingin memudahkan mereka mengendalikan urusan jual beli.

“Sama ada anda pelanggan atau penjual, kebanyakannya mesti mempunyai dua akaun Facebook.

“Jika pada awalnya, Facebook adalah medium untuk masyarakat berkomunikasi antara satu sama lain, kini telah berubah menjadi medan untuk pelanggan dan pembeli membincangkan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan,” ujarnya.

Sumber:
http://www.kosmo.com.my/k2/rencana-utama/membeli-belah-secara-online-trend-masa-kini-1.576266

Sebab Kesembilan Perlunya Laman Web

Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia memerlukan semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi dan sistem automasi lebih pintar.

Rumah pintar, kereta pintar, telefon pintar dan banyak lagi elemen pintar diterjemahkan di dalam teknologi pintar melalui Industri 4.0.

Dan sekarang, ia beralih kepada Revolusi Industri 4.0 yang pada dasarnya diasaskan daripada industri 3.0 iaitu revolusi digital.

Apa yang membezakan Industri 3.0 dan Industri 4.0 adalah ketersambungan antara teknologi digital dengan manusia dan sistem fizikal yang lain.

“Revolusi Industri 4.0 adalah tentang sistem fizikal siber dengan sistem boleh menghubungkan dunia digital, sistem fizikal sistem biologi seperti manusia melalui internet.

Walaupun Malaysia masih lagi menjadi negara pengguna bukan pengeluar namun, dengan adanya kemudahan internet, akses kepada pengetahuan menjadi lebih mudah dan murah yang dapat membantu masyarakat membangunkan sesuatu sistem yang berasaskan Industri 4.0.

Pembangunan sistem, aplikasi dan perkhidmatan seperti kecerdasan buatan misalnya akan membuka peluang kepada masyarakat dalam menghasilkan suatu model bisnes yang baharu.

“Teknologi sekarang bergerak begitu pantas dan seluruh dunia sedang bergerak pantas dalam menguasai teknologi ini. Jika kita tidak berusaha keras, negara-negara serantau lain seperti Indonesia , Thailand , Vietnam akan mendahului dan meninggalkan kita,” katanya.

Perubahan teknologi yang pantas ini juga menyukarkan kita untuk menjangka apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.

Oleh itu, kita perlu sentiasa peka dan bersedia untuk berubah.

Sebab Kelapan Perlunya Laman Web

Penganalisis luar negara meramalkan kedai biasa mungkin akan mengalami penyusutan berikutan pengguna lebih gemar membeli barangan secara online dan hanya ke kedai untuk membeli makanan atau minuman.

ACNielsen sebelum ini mendapati kebanyakan penduduk Britain memilih Internet sebagai medium berbelanja bagi tujuan pelancongan, membeli gajet atau memohon pinjaman bank, sekali gus menjadi trend terbaru membeli-belah mereka.

Tidak dinafikan, peranan Internet dalam membentuk pilihan pengguna bersama iklan, mulut ke mulut, ‘window shopping’, pengalaman lalu dan jenama memberi impak kuat dalam menentukan kuasa pembeli.

Bagaimanapun, peranan rekabentuk laman web yang cantik, mudah dan mesra pengguna merupakan perkara penting berbanding pelanggan terpaksa pergi ke kedai yang dihias cantik di pasaraya untuk melihatnya.

Rekabentuk laman web yang cantik dan mudah, menarik pelanggan dan menambah keyakinan pelanggan.

Oleh itu, kedai fizikal akan terkebelakang kerana manuasia sekarang lebih suka mengunjungi laman web berbanding pergi melihat kedai fizikal walaupun ianya cantik.

Terima kasih

Sebab Ketujuh Perlunya Laman Web

Memiliki Laman web akan menjimatkan anda dari mencetak pelbagai bahan cetakan samada kertas, plastik, kain dan sebagainya

Oleh itu kegiatan anda mencetak dan melupuskan bahan-bahan tersebut tidak perlu dilakukan.

Ia akan dapat memelihara alam sekitar dari tercemar dengan bahan-bahan susah slupus tersebut.

Sebab Keenam Perlunya Laman Web

Ramai penganalisis luar negara meramalkan kedai biasa mungkin akan gulung tikar berikutan pengguna lebih gemar membeli barangan secara online dan hanya ke kedai untuk membeli makanan atau minuman.

Satu laporan penyelidik pasaran ACNielsen sebelum ini mendapati kebanyakan penduduk Britain memilih Internet sebagai medium berbelanja bagi tujuan pelancongan, membeli gajet atau memohon pinjaman bank, sekali gus menjadi trend terbaru membeli-belah mereka.

Tidak dinafikan, peranan Internet dalam membentuk pilihan pengguna bersama iklan, mulut ke mulut, ‘window shopping’, pengalaman lalu dan jenama memberi impak kuat dalam menentukan kuasa pembeli.

Bagaimanapun, peranan rekabentuk laman web yang cantik, mudah dan mesra pengguna merupakan perkara penting berbanding pelanggan terpaksa pergi ke kedai yang dihias cantik di pasaraya untuk melihatnya.

Rekabentuk laman web yang cantik dan mudah, menarik pelanggan dan menambah keyakinan pelanggan.

Oleh itu, kedai fizikal akan terkebelakang kerana manuasia sekarang lebih suka mengunjungi laman web berbanding pergi melihat kedai fizikal walaupun ianya cantik.

Terima kasih

Sebab Kelima Perlunya Laman web

Apakah hubungkait antara laman web dan media sosial untuk pemasaran digital?

Perkongsian artikel dan jaringan

Laman web syarikat, perniagaan, e-commerce mahupun blog begitu mudah untuk di hubungkan dengan media sosial seperti Facebook, Twitter, Linkedin, Google+ dan Google My Business. Jadi, anda hanya perlu menulis sebuah artikel di laman web atau blog dan kongsikan dengan semua media sosial ini.

SEO

Perkongsian artikel dari laman web dan blog ke media-media sosial juga membantu meningkatkan prestasi SEO laman web. Jadi, laman web anda akan berada di carian yang teratas di Google.

Trafik

Perkongsian artikel yang aktif melalui media sosial akan menarik lebih ramai pengunjung ke laman web perniagaan anda dan meningkatkan trafik. Ia juga akan meningkatkan prestasi SEO laman web.

Adakah anda bersedia untuk pemasaran digital yang lebih berkesan?

  • E-pemasaran merupakan satu medium pemasaran yang menjadi pilihan oleh usahawan wanita.
    Kertas kerja ini membincangkan pendekatan penggunaan medium e-pemasaran yang digunakan
    oleh usahawan wanita dalam meningkatkan prestasi jualan. Tujuannya adalah untuk memastikan
    pendekatan medium e-pemasaran yang digunakan dapat membantu meningkatkan prestasi jualan.
    Fokus utama diberikan kepada jenis pendekatan yang digunakan dalam pemasaran iaitu
    pendekatan memberitahu (informing), memujuk (persuading) dan mengingatkan (reminding)
    kerana tiga jenis pendekatan tersebut merupakan elemen penting yang perlu dikuasai oleh
    usahawan wanita dalam meningkatkan prestasi jualan.
  • Video Pemasaran
  • Video pemasaran hari ini, juga digunakan untuk mendapatkan kedudukan enjin carian teratas. Enjin carian utama seperti Google kini menawarkan alat, yang akan membantu mengindeks video anda dan juga mendapatkannya disenaraikan dalam enjin carian. Pemasar boleh menyiarkan video mereka di beberapa tapak video yang membolehkan anda menyiarkan video anda secara percuma. Sebenarnya, anda juga boleh menambah pilihan untuk menerima komen dan ucapan pada video anda, ini akan membantu dalam menilai populariti video anda dan juga akan membantu anda mempelajari tindak balas penonton anda untuk amalan masa depan.
  • Pemasaran di Media Sosial

PENGGUNAAN media sosial kini tidak terhad sebagai medium untuk mengeratkan hubungan sesama rakan dan keluarga, tetapi kini ia semakin meluas dengan menjadi sumber untuk menjana ekonomi.

Facebook dan Instagram contohnya, menjadi satu cara untuk ramai pengguna khususnya belia, untuk memperkenalkan produk dan memasarkan perniagaan.

Media sosial, jika digunakan semaksimum mungkin, tidak mustahil boleh menjadi medium pemasaran paling utama sesebuah perniagaan.

Bagi ahli perniagaan yang menggunakan media sosial sebagai medium pemasaran utama, peraturan pertama untuk berbuat demikian adalah memastikan akaun laman sosial sentiasa aktif dan kerap dikemas kini. Penny Choo, pengasas dan Ketua Pegawai Operasi BloomThis, berpendapat, hubungan dengan pengikut akaun media sosial perlu diwujudkan terlebih dahulu. Perkara ini dapat dilakukan dengan cara meletakkan style atau gaya isi kandungan yang dekat dengan masyarakat.

Lebih mesra

Sebagai contoh, penggunaan gambar yang cantik dan bahasa yang lebih mesra, akan menarik orang ramai untuk membeli barangan  atau perkhidmatan yang ditawarkan.

Pakar media sosial, Kirsten Jassies pula menasihatkan agar mereka yang mahu menggunakan laman media sosial secara efektif dalam strategi pemasaran, agar memilih satu platform terlebih dahulu.

“Adalah lebih baik menggunakan dan menumpukan satu platform sahaja. Pilih satu yang paling dekat dengan pelanggan sasaran anda,” kata Jassies.

Menggunakan lebih dari satu platform, kata Jassies, boleh membawa masalah dari segi pengurusan.

Jassies antara speaker yang membuat pembentangan di Minggu Media Sosial 2016 yang kini sedang berlangsung di kampus Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya.

Persidangan tahunan kali kelima itu bermula 7 Mac lalu dan akan berakhir 11 Mac ini.http://www.astroawani.com/gaya-hidup/msmw2016-media-sosial-kini-platform-pemasaran-paling-efektif-97998