Categories
Uncategorized

Laluan Lepasan SPM 2019

Besok Ada Temujanji :

Ingat Temujanji Kita & Ingat Tugas Kita yang perlu di selesaikan SEBELUM 1 April 2020.

Tarikh tutup bagi permohonan UPUOnline adalah seperti berikut:

Lepasan SPM : 31.3.2020
Lepasan STPM/Setaraf : 7.4.2020

Tugas Anda Sekarang Adalah:

1. Muat Turun Pdf Prospektus Panduan Mengisi UPU Online. (Jangan enteng kerana saya tahu ramai yang gagal mendapat tawaran kerana pelbagai kesalahan termasuk salah Nombor Kad Pengenalan, Kod Kursus dan masalah kemaskini permohonan)

Anda dah tahu masalah internet line siput, buat awal lah.

2. Masuk ke KALKULATOR MERIT di http://upu.moe.gov.my/web/index.php…
dan isikan untuk mendapat PERATUS kemungkinan kelayakan anda MASUK UA (jika 75% ke atas tu, insyaAllah.. kot ada rezeki.

3. Masuk ke SELANGKAH KE UITM https://selangkah.uitm.edu.my/ dan isikan maklumat yang dikehendaki. Hantar. anda akan diberi senarai KURSUS yang anda LAYAK dan TIDAK LAYAK di UITM ( ini penting supaya anda tidak terkial-kial mencari kursus yang anda layak dan TIDAK TERPILIH kursus yang anda tidak layak.

4. Masuk ke E-PANDUAN SEMAK SYARAT https://online.moe.gov.my/upu5/epanduan/ untuk menyemak SATU PER SATU KURSUS yang ingin anda PILIH dalam SENARAI 12 itu.

a) Buatkan CATATAN KOD dan NAMA KURSUS dan SUSUN MENGIKUT KEUTAMAAN ANDA semua yang anda pilih itu (supaya mudah anda nak isi online nanti masuk masuk dalam laman permohonan ini https://online.moe.gov.my/upu/UPUOnline/login

b) Pastikan anda PELBAGAIKAN pilihan KURSUS dan UNIVERSITI

5. Semak SYARAT KELAYAKAN anda bagi setiap kursus yang anda INGIN MOHON (jangan mohon yang tak layak) Contoh:

https://online.moe.gov.my/…/epanduan/syarat/vMenuSyarat.php…

MEMENUHI SYARAT AM UA /IPGM/KOLEJ MATRIKULASI/POLITEKNIK PRIMIER
DAN
SYARAT KHAS PROGRAM

1. Lulus Bahasa Inggeris
1. Lulus Mathematics
2. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
Bahasa Melayu
SATU (1) mata pelajaran berikut:

Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
Aplikasi Elektrik & Elektronik …seterusnya..

6. MATRIKULASI

: (3 Aliran: Sains Hayat, Sains fizikal dan Perakaunan) Yang layak boleh memohon. Jika di Tkn 5 anda ambil Prinsip Akaun, mohonlah Akaun, Ada Biologi ambillah Sains Hayat dan ada Fizik dan Kimia ambillah Sains Fizikal. Jangan main tibai jer, nanti meraung masa belajar di Matrikulasi. Faham..!!!

7. UNIVERSITI AWAM

ada 20. Pilih lah yang ada kursus anda nak, Semak dulu dalam e-panduan. Bukan pilih ikut MINAT saja, pilih juga ikut PELUANG. Jika yang anda minat tu tak ada, pilih yang lain yang ada PELUANG CERAH MASUK U. Jangan dek kira minat, langsung tak masuk U.

8. POLITEKNIK jangan lupa

Banyak kursus DIPLOMA. Kebanyakannya hand-on. Siapa kata Politeknik tak sama taraf dengan UA..!!!. Lulusan Politeknik mudah sambung Ijazah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Selepas UPU tutup, nanti Politeknik akan ambil Intake ke dua. Jangan lupa pulak semak kat sini. Sebab Intake seterusnya itu mohon di laman web Poly https://www.mypolycc.edu.my/

9. ASASI. Ramai juga pelajar minat nak mohon ASASI .

Asasi ni perlukan A dan B saja kelulusannya. Contoh di UITM UE0222001 ASASI TESL#
UE0380001 ASASI UNDANG-UNDANG (KPM)
UE0380002 ASASI UNDANG-UNDANG (UiTM)
UE0520001 ASASI KEJURUTERAAN
UE0545001 ASASI SAINS

Macam ni haa SYARATNYA

Memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred A dalam mata pelajaran:
Bahasa Inggeris
DAN
Minima Gred A- dalam mana-mana TIGA (3) mata pelajaran yang lain DAN Kepujian (Gred C) dalam Mathematics / Additional Mathematics
DAN Lulus temu duga dan ujian bertulis yang dikendalikan oleh Fakulti (kalau layak, mohonlah) . Asasi ni belajar kat universiti mana yang kamu mohon tu lah.

10 . MARA (UPIM)
MARA menyediakan banyak kursus profesional dibawah institusi mara
Masuk sini haa http://apponline.mara.gov.my/upimonline/
PERMOHONAN masuk sini http://apponline.mara.gov.my/Spupim/
PROGRAM AMBILAN JUN DIBUKA 5 MAC HINGGA 1 APRIL

Ada:
1) unikl https://www.unikl.edu.my/
2) KUTPM http://www.kuptm.edu.my/kuptm/
3) KOLEJ PROFESSIONAL MARA http://apponline.mara.gov.my/upimonline/KPM.pdf
4) Kolej Politek Mara https://www.kptm.edu.my/ms/
5) Kolej Kemahiran Tinggi Mara https://www.tvetmara.edu.my/
6) German Malaysia Institute https://www.gmi.edu.my/
7/ Mara-japan Industrial Institute http://mjii.kktm.edu.my/
8) Kolej Mara http://apponline.mara.gov.my/upimonline/KM.pdf
9. IKM https://www.tvetmara.edu.my/
10. GIAT MARA http://giatmara.edu.my/language/ms/index/

11. INSTITUT LATIHAN JABATAN TENAGA MANUSIA (ILJTM)
Ni ada banyak. banyak juga kursus DIPLOMA
Senarai ILJTM ni banyak . den bagi la haa (ILP, ADTEC) . bukan cikai-cikai ni pun, dah ratus ribu lulusan professional dari sini. Tengok syarat kelayakan dalam e panduan tu.

SENARAI ILJTM

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: ILP Kuala Lumpur
Selangor: ADTEC Shah Alam, ILP Kuala Langat
Negeri Sembilan: ILP Pedas
Pulau Pinang: JMTI, ILP Kepala Batas, ILP Arumugam Pillai Nibong Tebal, ILP Perai,
Kedah: ADTEC Kulim, ILP Jitra
Perak: ADTEC Taiping, ILP Ipoh
Perlis: ILP Kangar
Kelantan: ILP Kota Bharu
Terengganu: ADTEC Kemaman, ILP Kuala Terengganu, ILP Marang
Pahang: ADTEC Jerantut, ILP Kuantan, Anjung ILP Muadzam Shah
Johor: ADTEC Batu Pahat, ILP Mersing, ILP Tangkak, ILP Pasir Gudang
Melaka: ADTEC Melaka, ILP Bukit Katil, ILP Selandar
Sabah: ILP Kota Kinabalu, ILP Sandakan
Wilayah Persekutuan Labuan: ILP Labuan
Sarawak: ADTEC Bintulu, ILP Kota Samarahan, ILP Miri

12. INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
Mereka yang minat nak jadi CIKGU boleh mohon Tengok Syaratnya https://online.moe.gov.my/…/epanduan/syarat/vMenuSyarat.php…

13. KEMENTERIAN PERTANIAN
Sesiapa yang minat dalam bidang ini boleh mohon Ada 8 kursus peringkat SIJIL

14. INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) ada 65 kursus peringkat sijil. Boleh mohon

15. KPJ UNIVERSITI COLLGE (ini Swasta lah) Bernaung di bawah Johor Corporation. Mempunyai 27 Hospital Pakar dalam dan luar negara, 3 Kampus, Kota seriemas Nilai, Johor Bharu dan Penang. Menawarkan diploma dan Ijazah Nursing, Pharmacy, Fisioteraphy, Medical Imaging, Health Information Management, Healthcare managementa dan foundation.
Ni kalau nak mohon di sini https://koleksiminda.com/utama/borang-online/

Berpuluh tempat untuk sambung belajar.
Pilih jer lar… nak tanya apa-apa, boleh je wasap saya wan 0129026198 atau lawat artikel ni dihttps://koleksiminda.com/utama/2020/03/11/panduan-lepasan-spm-2019/