Membuat Pilihan

Salam Sejahtera.

Dalam hidup kita ini selalunya kita diberi hak untuk membuat pilihan. Kita boleh memilih untuk menjadi baik atau jahat, pandai atau tidak dan sebagainya.

Acapkali apabila disebut pilihan ia memberikan kita 2 situasi.

Situasi Pertama adalah Kos Melepas.

Ini bermakna setiap pilihan yg kita buat akan menyebabkan kita mendapat satu daripada dua atau lebih pilihan itu. Jika kita memilih A kita tidak akan mendapat B dan yg lainnya.

Situasi Kedua ialah Keuntungan Berganda.

Situasi kedua ini amat jauh berbeza dengan situasi pertama. Ia menggambarkan bahawa pilihan yang anda buat itu akan mendatangkan keuntungan demi keuntungan demi keuntungan dalam jangka masa tertentu.

KONTEKS PENDIDIKAN

Saya bicarakan dua situasi di atas mengikut konteks pendidikan, bukan ekonomi atau politik.

Pilihan

Samada kita memilih melanjutkan pelajaran di kolej mahupun universiti awam atau swasta masa sekarang bukan lagi mustahak tetapi yang lebih mustahak adalah beberapa pertimbangan di bawah.

  • Kursus atau bidang apa?

Ia sangat penting. Jika 20 tahun dulu, apa pun kursus atau bidang yg anda pilih anda akan menjadi graduan rebutan di sektor awam atau swasta.

Sekarang, tidak begitu.

Sekarang, anda perlu memilih kursus atau bidang yang ada ‘demand’ dalam pasaran kerjaya. Jika anda memilih kursus atau bidang konvensional, anda akan masuk dalam ‘freezer’ bersama dengan penganggur siswazah yang lain. Oleh itu, pilih bidang yang mempunyai tawaran kerjaya yang luas dimasa depan. Contohnya, bidang kesihatan, bidang teknologi 4.0 atau bidang robotik dan teknologi tanpa wayar.

  • Apakah kerjaya yang ditawarkan dan adakah peluang memiliki kerjaya itu?

Soalan pertama yang saya tanya. Apa tujuan anda belajar sehingga memiliki Diploma atau Ijazah?

Jika anda boleh menjawab, baguslah. Majoriti yang saya tanya memberi jawapan ‘untuk senang di masa depan, bekerja, mendapat pendapatan seterusnya membina kehidupan yang berjaya”.

Betul lah itu.

Saya bagi jawapan ringkas. Untuk BEKERJA, yakni fokusnya mempunyai KERJAYA.

Malang bagi mereka yang belajar bertahun-tahun tetapi ‘meraung’ mencari kerja tetapi tidak berjaya.

MENGANGGUR akhirnya.

Oleh kerana pada masa ini pelajar atau ibubapa bukan sahaja memilih kursus atau bidang berpandukan minat tetapi mengambil kira adakah bidang itu boleh menawarkan pekerjaan sebaik anda menamatkan pengajian.

Contoh mudah, bidang kesihatan, jururawat misalnya mempunyai ‘demand’ yang sangat tinggi kerana perubahan dari teknologi 2.0 ke 4.0 dlm penawaran perkhidmatan kesihatan memerlukan jururawat terlatih termasuk terlatih dalam teknologi perubatan dan penjagaan kesihatan.

Kerana itu KPJUC mengambil begitu ramai siswa siswi dalam bidang itu dan KPJUC menawarkan KERJAYA profesional itu dihospital miliknya. Jelaskan…?.

  • Pertimbangan ketiga ialah mampukah kerjaya itu memberi ruang dan peluang yang luas untuk perkembangan kerjaya?

Di zaman teknologi ini nampaknya robot boleh menggantikan tugas manusia. Ianya baik untuk pemodenan tetapi kurang baik kerana ia mengurangkan peluang manusia untuk kekal bekerja.

Anda lihat di bank. Dulu ada 20 kaunter untuk melayan pelanggan tetapi sekarang ada 10 sudah cukup.

Sebahagian besar pelanggan dilayan oleh beberapa mesin ATM, DTM atau CDM. Pelanggan sanggup berbaris di ATM kerana ia mudah.

Mungkin sudah ada atau akan ada perkhidmatan kesihatan dimana anda hanya jumpa doktor atau jururawat untuk mendapatkan rawatan. Ubat di ambil di mesin dengan hanya memasukkan kod yg diberikan. Teknologi bukan..!!. Kaunter farmadi tidak lagi memerluksn manusia.

Ini bermakna kursus atau bidang yang anda pilih mestilah boleh memberi peluang snda terus bekerja walaupun teknologinya berkembang pesat.

Dari seorang yg bekerja menggunakan teknologi meningkat kepada seorang yang mengawal teknologi. Seorang juruteknik robotik boleh pertingkatkan kepada pensyarah atau tutor dalam bidang itu.

Seorang pengurus kewangan boleh dipertingkatkan kepada penganalisa pasaran.

Seorang jururawat boleh dipertingkat menjadi seorang pensyarah.

Cari dan pilih bidang yang membolehkan anda mengembangkan kerjaya di masa hadapan.

Seorang Pensyarah dari sebuah institusi perguruan semasa berbual dengan saya memberitahu bahawa anaknya mendapat tawaran kursus ….. di sebuah UA tetapi memilih untuk Diploma In Nursing di KPJUC kerana pertimbangan di atas.

Di awal tulisan tadi ada saya sebutkan situasi kedua iaitu keuntungan berganda.

Semasa anda membuat PILIHAN anda perlu sentiasa memikirkan situasi keuntungan berganda bukan kos melepas.

Pilihan yang tepat berdasarkan 3 pertimbangan tadi, kursus atau bidang apa, apakah peluang kerjaya dan bolekah memilikinya dan mampukah ia mengekalkan dan meluaskan peluang kerjaya akan memberikan anda berada dalam situasi keuntungan berganda.

Oleh itu KPJUC sebagai satu dari entiti dibawah Johor Corporation mencipta situasi yang kita bincangkan tadi, menawarkan kursus yang berpotensi dari segi kerjaya dan menawarkan peluang pengembangan kerjaya di semua lebih 25 hospitalnya serta anak syarikat Jcorp yang lain.

Pilihan ditangan anda. Pilihlah yang tepat.

Terima kasih.
WAN ZAINAL WAN ZI