LOMPAT DARI KERJA SEPENUH MASA KE BISNES SEPENUH MASA. Apa nak fikir dulu?

Lompat ke Bisnes Sepenuh Masa? . Ramai yang BERJAYA, ramai juga yang MERANA.
10 perkara kena fikir dan buat dulu…

#1. Hutang Negatif Diselesaikan

Perkara paling mustahak adalah hutang negatif. hutang Personal loan untuk kahwing, beli motor, buat itu ini menjadikan persen gaji anda sudah menurun tetapi tak habis-habis membayarnya. Itulah, sebelum berhenti, pastikan ini diselesaikan dahulu.


#2. Komitmen direndahkan

Mengurangkan komitmen bulanan hendaklah diberi perhatian. Kurang kan kos untuk bil-bil dirumah. Astro, Air, Letrik, telefon dan sebagainya hendaklah dikurangkan dulu. Jika ada kendraan lebih yang jarang digunakan, jual, supaya ia tidak menjadi beban nanti.


#3. Simpanan untuk guna setahun

Ini sangat-sangat mustahak. Anda biasa bergaji. Gaji guna untuk membayar semua komitmen rumah anda, anak, isteri dan segala-galanya. Apabila anda berhenti, gaji tiada, dengan apa anda nak membayar semua bil dan makan minum anda. Maka, itulah sebabnya, sebelum membuat keputusan berhenti dan join bisnes, pastikan simpanan anda cukup untuk kegunaan anda dan keluarga termasuk kecemasan selama setahun.

#4. Pendapatan bisnes lebih tinggi

Pastikan bines yang anda ingin ceburi itu boleh memberi pulangan lebih tinggi dari gaji anda. Jika anda bergaji RM 8,000.00 maka bisnes anda perlulah mendapat lebih dari itu. Jika kurang, abaikan. 

Lagi pula, jika bisnes itu seperti direct selling yang tiada basic, menjadi agen insuran, hartanah dan sebagainya yang pendapatannya ‘amat bergantung’ kepada macam-macam perkara, pastikan anda tidak membuat keputusan yang terburu-buru.


#5. Peralatan bisnes baru

Sebelum mengambil keputusan, pastikan kemampuan anda untuk menyediakan keperluan kepada bisnes baru itu. Jika ia melibatkan pergerakan yang kerap, anda wajar dapat menyediakan kenderaan yang sesuai. Jika ia memerlukan pejabat dan kelengkapan komunikasi, pastikan anda mampu sediakannya.


#6. Perancangan Bisnes

Perancangan bisnes anda perlu ada. Anda tidak boleh hentam mana suka sahaja tanpa perancangan. hentam mana nak mula dulu atau kemudian, menjadikan diri anda huru hara dan gagal.


#7. Kontingensi plan

Plan kontingensi ini sangat mustahak. Ramai sahabat kita yang ‘terlungkup’ apabila bisnes tidak menjadi dan dia kehabisan wang. Tidak dapat bergerak ke bisnes lain. ia tidak bersedia untuk gagal. Seorang Agen Hartanah yang gagal menjual sebarang rumah akan tewas dari segi mentalnya apabila tiada sumber pendapatan. 

Berhati-hati dengan cakap upline, leader atau sesiapa saja bahawa anda tidak cukup bersabar. Kena maintain, keep working. Cakap itu memang senang sebab dia ada fulus untuk sara keluarganya tetapi yang tidak ada, sabar apa bila periuk anda tidak berasap?. Anda mengambil risiko kerana percayakan motivasi orang tetapi tiada plan kontingensi. 

Berhenti dan kembali kepada plan anda jika bisnes yang anda ceburi tidak ‘bersifat baik’ dengan anda. Undur, buat strategi baru. Bergerak semula.

Saya tetap akan tinggalkan sesuatu yang saya nampak akan melingkupkan saya walaupun orang nampak saya tidak bersungguh-sungguh. Ingat..!!. Sesuatu yang mungkin merosakkan fikiran kita adalah musuh dalam perniagaan kita. Hindarkan.

#8. Persepakatan keluarga

Ini biasalah. Jika mahu ianya menjadi mudah, bincang bersama supaya memperolehi kesepakatan.


#9. Insuran

Lihat dimana yang sesuai, jika ia diperlukan untuk anda dan keluarga, persediaan untuk masa yang tidak pasti, sediakan.


#10. Networking

Sebelum ceburi perniagaan, bina dahulu networking dalam bidang perniagaan yang ingin dicebuti. 

Tak cukup dengan semangat tinggi dan sabar jer….

SEBAIKNYA, JANGAN BERHENTI DULU, LAKUKAN SECARA SEPARUH MASA. JANGAN SAMPAI 


Tak berasap dapur kang….!!!!

ANDA FIKIR?????????

40 NASIHAT SEBELUM MEMBELI RUMAH

40 NASIHAT SEBELUM MEMBELI RUMAH yang dikongsi Team Leader dan penulis asalnya. Untuk saya juga anda. Share jika rasa bermanafaat…

1. Sebaiknya elakkan membeli unit paling tinggi bagi rumah bertingkat

2. Beli hartanah yang sedia ada atau sudah siap

3. Beli yang berpotensi untuk disewakan

4. Beli, sewakan dan simpan

5. Jangan terburu-buru membuat keputusan membeli

6. Elakkan membeli dekat tangga atau lif

7. Jauhi Kawasan yang negatif

8. Sebaiknya beli rumah yang minimum 3 bilik tidur dan 2 bilik air

9. Jika mampu, beli unit Corner Lot

10. Beli di persekitaran yang selamat dan harmoni

11. Beli yang tiada monopoli bangsa tertentu

12. Beli mengikut kemampuan atau bajet

13. Beli rumah yang baik pulangan atas pelaburan (R.O.I) yang tinggi

14. Jangan membeli rumah yang sudah lama atau terlalu berusia.

15. Beli rumah yang sediakan tempat letak kereta yang cukup

16. Beli yang berhampiran adanya kemudahan awam seperti Pasaraya, LRT, Balai Polis, Sekolah, Kolej, Universiti, Klinik, Hospital, Masjid dan lain-lain lagi

17. Beli di kawasan pertumbuhan tinggi dan pesat membangun

18. Jangan beli berdasarkan spekulasi atau cakap-cakap orang

19. Beli yang berhampiran jalan laluan utama atau lebuhraya

20. Beli 10%-20% di bawah harga pasaran semasa

21. Hartanah yang orentasi matahari betul

22. Hartanah orentasi kiblat baik

23. Hartanah menghadap hijau dan air

24. Ruang siling yang tinggi

25. Sebaiknya beli rumah yang lengkap atau adanya ubah suaian tersedia

26. Beli rumah di kawasan perumahan disediakan tangki air besar

27. Jangan beli di kawasan yang bermasalah seperti pernah berlakunya bencana alam seperti banjir

28. Jangan beli di kawasan kadar jenayah yang tinggi @ ‘BLACK AREA’.

29. Jangan beli rumah yang mengadap kilang atau jalan raya

30. Jangan beli rumah berhampiran kabel kuasa tinggi

31. Jangan beli hadapan tanah kosong yang tidak pasti apa tujuannya akan datang

32. Beli dikawasan kejiranan penduduk tetap bukannya ramai yang jadi penyewa

33. Beli berdasarkan margin gaji kita yang betul.

34. Jangan beli kerana ramai orang beli, belum tentu ianya berpotensi.

35. Jangan beli kerana emosi

36. Jangan beli sebab murah tetapi beli sebab ianya ada potensi.

37. Mulakan dengan kediaman kecil dan sederhana.

38. Mintak pandangan kedua sebelum beli rumah pertama

39. Rumah pertama sebaiknya rumah pelaburan bukan rumah idaman kita

40. Jangan guna pembiayaan kerajaan untuk rumah pertama, guna bank pun tak mengapa.

#Kongsikan laju laju sebagai panduan mudah.

Cc: AzizulAzliAhmad

SHAFIQ RAHIM
#irealacademy
#universitihartanahanda