Tiada Title Dr Pun Boleh Sukses

Salam Sejahtera,

Muttakhir ini ‘kecoh’ di semua media arus perdana atau tidak arus perdana tentang ‘kontroversi ciptaan manusia’ mengenai Dr Azizan yang tidak mempunyai Ijazah Kedoktoran yang membawa gelaran Dr. Maksudnya dia tidak pernah lulus Phd.

Tambahan lagi ‘komentar-komentar hebat di Media Sosial mula menunjukkan ‘muka’ masing-masing. Netizen kecil atau besar, netizen yang pernah berguru dengannya atau tidak, netizen yang tak ada kena mengena dengannya sekalipun mula ‘menunjukkan taring’ dalam komen masing-masing.

Komen panas, komen sindir, komen hina, komen caci dan macam-macam-macam komen lagi semuanya terpapar ‘mencela’ makhluk yang bernama Azizan Osman yang mengendalikan Richwork dan kolej barunya di Petaling Jaya.

Saya tidak mahu menyalahkan siapa dan apa yang dikomen oleh netizen kerana itu hak mereka untuk memberi pandangan dan pendapat. Netizen yang ‘lulusan kecil’ pun mengatakan Azizan ‘menipu’. netizen yang mempunyai kelulusan yang tinggi lagi lah. Ayat yang paling adalah bila ayat yang dikeluarkan oleh mereka yang memiliki Dr, yang mempunyai Phd. ” Orang bersengkang mata, bergadai bergolok, meninggalkan anak bini, memerah otak, bertungkus lumus untuk menyiapkan kajian Phd, dia senang-senang ‘claim’ dia ada Dr, ada Phd, 4 pulak tu”.

Setakat yang saya baca (belum habis cari komen anda) tiada yang membela Azizan, tiada yang memberi respon bahawa Azizan telah berjaya ‘membina kelompok usahawan Melayu yang sudah menjadi jutawan. Dan Azizan juga jutawan. Mereka takutkah untuk membela Azizan walaupun mereka anak muridnya yang sudah jana jutaan ringgit?.

Mungkin tidak?

Saya tidak akan membelanya kerana ‘orang kata’ jangan membela orang yang menipu walaupun ia belum disahkan menipu oleh mahkamah. Tiada pula orang membuat Laporan Polis samada UM atau Universiti lain yang berkenaan. Kenapa?

Saya menulis dari sudut pandangan saya bahawa ‘menilai sesuatu bukan dari apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya’. Jelas saya melihat bahawa

1- Semua orang melihat dia menipu setelah ‘orang mendedahkan bahawa dia tiada Phd’, Saya melihat bahawa ‘mungkin‘ ramai di kalangan Netizen yang ‘claim’ dia ada Phd tetapi juga tidak mempunyai Phd kerana dia belum lagi didedahkan.

2- Mungkin ramai lagi yang ada Phd yang membolehkannya menggunakan gelar Dr tetapi ‘membeli’ Phd tersebut samada dengan cara mengupah orang lain melakukan bagi pihaknya dengan membayar sejumlah wang kepada pembuat Phd tersebut.

3. Mungkin ada ‘organisasi’ yang bertindak menjual Phd kepada sesiapa yang mampu bayar tetapi netizen pun tidak tahu termasuk saya. Mungkin apabila ia didedahkan suatu masa nanti, maka akan terbongkarlah ia seperti mana mereka membunuh karieer Azizan Osman hanya dengan perkataan Dr sahaja.

Berapa banyak mungkin boleh ditulis di sini.

4. Mungkin juga sekian lama Azizan telah berceramah dan menjual ideanya bagaimana ingin menjadi jutawan kepada ribuan anak muridnya dianggap ‘saingan’ sangat dahsyat oleh mereka yang rasa tercabar dan mencari ‘kunci’ untuk menghancurkan Richwork. Mudah bukan…!!!!.

5. Tatkala ini menimpa Azizan, maka keluarlah para Doktorat, akan mendabik dada bahawa begitu sukar mereka menghabiskan masa dan wang ringgit menjalankan kajian tidak kira dalam bidang apa sekalipun. Mereka akan bertanya apakah ‘naskah’ journal, penerbitan, tesis, kajian, hasil kajian yang diterbitkan di Malaysia atau antarabangsa. Wah…!!!. mereka menjadi hebat dengan serta merta.

Persoalannya….

Azizan Osman dikatakan menipu..!!!. Ok lah, saya terima sehingga ia dibuktikan menipu oleh pihak yang berhak.

Azizan Osman tidak mempunyai Ijazah Phd…!!! . Ok lah, dia tiada Phd

Natijahnya dari viral Azizan ini:-

1- Azizan tiada Phd, tiada Dr (sebenarnya dan selama ini) tetapi Azizan mampu menjana bukan sahaja pendapatan untuknya tetapi ‘telah’ mampu membina sekurang-kurangnya seorang jutawan yang telah mengikuti programnya. Tentunya bukan saya. Jika ada muridnya yang menjadi jutawan hasil dari didikannya, sila komen di bawah ini. Adakah seorang yang ada Phd tulen yang sudah mampu membina satu kelompok usahawan Melayu seperti yang dibuat oleh Azizan?. 

phd1

Hakikatnya, ada Phd atau tidak, ia hanya dibezakan dengan perkataan Dr sahaja. Jika ia tidak menyumbang pun kepada apa-apa, sekadar untuk mendapat Dr dan menggunakan untuk menambah gajinya sahaja maka ia juga tidak memberi makna apa-apa kepada netizen.

Ramai Pemilik PhD dan Profesor Yang Menyumbang Terpalit

Wajarnya kesah-kesah begini tidak wajar berlaku. Lebih tegas, tidak dibenarkan berlaku. Ramai yang mempunyai Dr dan taraf professor yang pernah mendidik dan membimbing kita dahulu dan yang sedang membimbing anak-anak kita sekarang ‘terpalit’ dengan isu ini. Sedang mereka bertungkus lumus mendidik mahasiswa, terkenan pula dengan Dr tidak benar. Mereka juga terbawa dalam ‘sangkar tanggapan negatif’ ini. Inilah implikasinya.

Tidak boleh dinafikan bahawa ‘Genuine Dr’ telah banyak berbakti kepada negara dalam bidang masing-masing. Biar apapun tanggapan, mereka wajar meneruskan usaha mereka dalam memartabatkan ilmu dengan jujur dan ikhlas berdasarkan ‘apa yang benar itu tetap benar’. Sanjungan patut diberikan kepada mereka. Tahniah Dr.

Usah Mencela

Memang mudah untuk menulis dan mencela tanpa memikirkan bahawa ‘kemungkinan’ strategi ganas digunakan untuk menghancurkan perniagaan orang Malayu ini. Orang melayu memang didik dengan berpegang kepada kebenaran, jangan menipu. Benci penipuan. Selidiklah dalam semua Universiti Awam dan Universiti Swasta yang mengeluarkan Ijazah Kelas Pertama atau Phd PALSU kepada graduannya jika ingin melihat kebenaran ramai pemilik Phd palsu juga. Itu pun jika ada. Jika tiada, Alhamdulillah

konvokesyen

Sebenarnya untuk menjadi untuk menjadi Speaker yang hebat, untuk menjadi kaya, untuk menjadi popular dan menjana jutaan ringgit yang netizen tak tahu pun tidak perlu pun ada Dr. Tak perlu guna pun status itu. Ramai yang sudah buktikan tiada Dr juga boleh mejadi Jutawan. Jadi apa perlu letak Dr di depan. Saya selalu letak dr. wan zainal wanzi  ia bermaksud dari saya.

Ini contoh mereka yang tidak pernah letak Dr pun dihadapan nama mereka tetapi mereka tetap sukses, jadi jutawan.

wan-channel-3jutawan1jutawan

Mereka ini semuanya Jutawan tanpa perlu ada Dr dihadapannya. Namun ilmu itu sangat berguna. Belajar dan terus belajar samada anda belajar dalam bidang apa sekalipun. Jika ingin menjadi jutawan dalam bidang kesihatan, belajarlah dalam bidang itu. Jika ingin belajar Nursing, anda perlu menjadi pakar dalam bidang itu. Jika mahu jadi Doktor belajar lah dalam bidang kedoktoran. Jika anda mahu jadi jutawan seperti Chef-Chef Celebriti, belajarlah dalam bidang Kulinari.

Saya tidak mempunyai Dr, saya hanya ada Degree (bukan jobo nak bagi tahu). Ini sebab sekarang ni perkara sensitif, orang yang tak ada Dr di depan jangan nak memandai letak Dr nanti orang yang ada Dr akan cemuh anda.

Azizan Osman boleh buang Dr itu, anda sudah ada semuanya. Ia tidak bermakna jika Dr tidak boleh membangunkan manusia. Bangunkan manusia tanpa Dr. Tanpa Dr juga sudah terbukti boleh sukses. Biar orang yang ada Dr membina dengan cara mereka. Orang yang tak ada Dr dengan penuh iltizam kita juga mampu sukses selamanya.

Tunggu, 30 Oktober, saya akan kongsikan Rahsia Kejayaan 106 Jutawan…!!!!

phd2

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *