Rupanya Jutawan Memang Kuat Kerja..!!!

Hari ini 1 Oktober 2016. Malam tadi ikuti ‘IK Live ‘ kat Facebook. Cerita-cerita dia yang tak da tajuk istimewa tu pun boleh ambil masa agak lama. Ada saja dia nak cerita tetapi bukan cerita kosong. Cerita yang ada makna…!!!!

Katanya hari ini di ada Seminar di Training Center di Mutiara Damansara. InsyaAllah saya join seminar Perniagaan Popular ini. Kalau tak join memanglah rugi. Sebagai anak muridnya percuma, tapi nilainya adalah RM 900.00 jika peserta luar. Wah… mudahnya mencari wang jika dilihat dari angle yang satu lagi.

Besok, katanya dia ada talk di PWTC. Baru semalam dia ada talk Politeknik di Ipoh. Fuhh… sebok…sebok …sebok.

Minggu lepas, 25 September 2016 dia juga kendalikan kelas di Training Center di Mutiara Damansara. Sehari sebelumnya, kami dapat Live Teleconference dengannya dari Dubai sbb dia tak sempat balik dan jumpa pada 23 September tu. Bila Sifu balik, dapatlah kita selfie, biarpun dalam kelas. Kelas yang santai. Masa kelas tak da selfie. Sebelum dan selepas memanglah…

perniagaan-internet-ik

20160925_173721

Melihatkan jadualnya, Jutawan mestilah sangat sibuk. Sibuk memenuhi ruang permintaan orang. Ini beerti dia memburu jutawan demi jutawan.

Apa yang saya nak sebutkan, bila saya melihat dan meneliti ebooknya, program dan penulisannya, SEBELUM DIA MENJADI JUTAWAN, DIA ADALAH SEORANG YANG BEKERJA SANGAT KUAT UNTUK MENDAPATKAN SEMUA ITU.

RUPAYANYA TIDAK MUDAH UNTUK MENJADI JUTAWAN. IA PERLUKAN EFFORT YANG MELEBIHI 100 PERATUS.

Lawati laman saya http://koleksiminda.com

Sampai Jumpa Lagi

BERSAMA WAN ZAINAL.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *